Kenapa Orang Malaysia Sangat Suka Dan Bangga Dengan Nasi Lemak

Nasi lemak adalah antara makanan yang paling terkenal kalau dekat Malaysia ni.

Nasi yang ditanak menggunakan pelbagai bahan campuran di dalam nasi selain ada hidangan sampingan yang di makan bersama nasi yang berlemak itu menjadikan Nasi lemak satu hidangan yang sangat ikonik.

Menjadi kebanggaan kepada kita sebagai rakyat Malaysia bila Nasi lemak ini disukai oleh ramai orang dari pelbagai negara.

Dan sehingga, bagi mereka hanya nasi lemak di Malaysia sahaja yang benar-benar asli dan sedap yang tidak akan dapat di nikmati di mana sahaja di dunia ini.

Nampak sukar dan rumit untuk memasak nasi lemak ini.

Tapi sebenarnya mudah sahaja cara untuk menyediakan nasi lemak ini.

Pertama gunakan beras yang berkualiti untuk memastikan selepas di tanak nasi itu tidak cepat basi atau tekstur nasi itu menjadi tidak sesuai untuk di makan.

Pilihlah produk tempatan seperti beras jati beras pilihan anda untuk ditanak menjadi nasi lemak.

Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan santan.

Ada yang campur dengan air tapi kalau mahu kan rasa yang membuat anda inzal bila melahap nya gunakan sepenuhnya sukatan beras dengan santan sahaja tanpa perlu campur air.

Ini bukan tangan bang burger ye

Bila beras dan santan sudah disukat campurkan sedikit garam atau boleh guna kiub pati ayam dan letak dua helai daun pandan yang di simpul ke dalam periuk dan sedia untuk di tanak.

Buat sambal tumis ikan bilis untuk di hidang bersama Nasi lemak.

Bahan sampingan lain boleh guna telor rebus, telor mata, timun , kacang tanah dan ikan bilis di hidang bersama nasi lemak dan sambal tumis. Mudah saja bukan?

Orang Malaysia gilakan nasi lemak

Nasi lemak ini adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Tidak kira bangsa, agama dan latar belakang mereka.

Kebiasaanya dimakan untuk sarapan pagi namun ada juga yang di makan pada waktu malam.

Senang cerita nasi lemak ini “universal” sesuai di makan bila-bila sahaja dan di mana sahaja.

Ianya boleh menjadi makanan yang tak terlalu berat untuk korang sarapan. Namun untuk korang lunch dan juga makan malam, korang boleh la tambah lauk bermacam macam, untuk menjadikannya makanan yang berat.

Paling penting korang boleh customize nasi lemak korang. Nak sambal apa? Sotong, kerang? Ataupun campur semua sekali? Nak tambah telur 2 biji?

Asal usul nama nasi lemak

Namun pernah kah anda terfikir dari mana asal usul nama nasi lemak ini?

Jawapan nya begini. Pada suatu hari di sebuah kampung yang aman dan permai, ada seorang ibu dan anak gadis nya tinggal berdua di dalam rumah peninggalan arwah suaminya.

Si ibu bekerja sebagai penari di sebuah kelab malam. Satu hari si ibu hendak keluar bekerja kemudian dia meminta anak nya untuk memasak, kerana beliau mahu makan waktu pulang dari bekerja.

Si anak pergi ke dapur namun dia keliru hendak masak apa kerana ibu nya belum membeli lauk pauk seperti ayam, ikan mahupun sardin.

Yang ada di dapurnya hanya bahan-bahan tambahan sahaja seperti santan,cili kering,timun,kacang tanah dan dua biji telur sahaja.

Jadi si anak ni campur semua hidangan tu dan siap di hidang kan kepada ibu nya.

Si ibu yang baru pulang dari bekerja terus ke dapur dan menikmati hidangan yang di masak oleh anak nya kemudian dia bertanya kepada anaknya: “Nasi apa ni?  Kenapa rasa begini?”

Lalu si anak menjawab: “Nasi lerrr mak”.

Kemudian ibunya menyahut “owh nasi lemak sedap ya patut berlemak”.

Maka disitu lah terjadi nya nama Nasi lemak.

Ok sebenarnya cerita tu rekaan je, untuk gurau-gurau, takkan itupun tak boleh.

Nama nasi lemak ni orang beri sebab nasi tu berlemak itu saja mana ada cerita pelik-pelik sebalik kejadian nasi lemak.

Banyak cerita tentang asal usul nasi lemak ni namun tak tahu mana satu yang betul.

Baca yang lain