Semalam pemain defensive midfielder pasukan Pahang, Safuwan Baharudin mendedahkan bahawa Pahang FA melepaskan beliau. Walaupun baki kontrak masih ada setahun lagi.
Ayat sedap, melepaskan, ayat yang lebih tepat, terminate contract.
Namun si Safuwan ni masih ada sense of respect yang sangat tinggi kepada Pahang ni sebab dia fikir fans Pahang. Sebab dalam kenyataan beliau di IG, beliau menampakkan dia sangat menghormati semua orang di Pahang terutama sekali fans Pahang.
Korang boleh baca berita tu dekat sini:
Beberapa Hari Selepas Diiktiraf AFF Best XI, Kontrak Safuwan Baharudin Ditamatkan Pahang FA – https://t.co/FqG42BT47W pic.twitter.com/Ij1Np7Smjr
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 11, 2019
Safuwan Baharudin merupakan antara produk import Asia Tenggara / Asia yang terbaik.
Tidak pasti kenapa Pahang membuat keputusan drastik. Sekarang ni bukan mudah nak cari DM yang sangat baik. Lihat pasukan Kedah yang tiada pure DM, mereka struggle nak protect the line.
JDT, posisi DM ni adalah benda paling mustahak bagi mereka sebab sistem permainan mereka yang naikkan ramai pemain,
Jadi, jika Pahang memutuskan untuk melepaskan salah seorang pemain yang terbaik dalam bidangnya, rasanya Pahang mungkin sudah ada pengganti yang lebih baik.
Jika perkara ini tak berlaku, melepaskan si Safuwan ni akan menjadi persoalan terbesar kepada pengurusan pasukan.
Beberapa hari lalu, Safuwan Baharudin diiktiraf dalam Best XI untuk Team Asean dalam Anugerah AFF 2019.
Kehadiran beliau dalam pasukan Pahang membuatkan pemain seperti Azam Azih ada kompetisi dan secara tak langsung memberikan tekanan kepada satu sama lain untuk menjadi lebih baik.
Azam dan Safuwan kerap menjadi double pivot di dalam sistem. Mungkin antara gandingan double pivot yang terbaik di MSL dalam 2 musim terakhir ini.
Safuwan memiliki game reading yang baik. Beliau memiliki kemampuan bertahan dengan baik dan juga boleh menjadi deep lying playmaker.
Apapun, selamat maju jaya kepada Safuwan Baharudin. Rasanya tiada masalah nak cari kelab baru di MSL.