Kenapa PSG Boleh Berbelanja Besar Ketika Kelab Lain ‘Mengikat Perut’. Adakah FFP Sudah Mati?

Dari Real Madrid hingga AC Milan pergi ke Barcelona isu perbelanjaan terhad menghiasai cerita pembelian pemain musim ini.

Salah urus kewangan dari kelab bola sepak diburukkan lagi dengan pandemik covid memberi kesan besar kepada pasukan bola sepak.

Namun perkara ini tidak berlaku di Paris Saint Germain (PSG). Keadaan disana berbeza ketika musim baharu akan membuka tirai tidak lama lagi.

Tidak banyak kelab membeli pemain dengan perasan tenang, bersemangat dan gembira seperti apa yang berlaku di PSG.

Penjaga gol Itali yang baru memenangi EURO merupakan pemai terbaru yang dibawa masuk oleh PSG melalui perpindahan percuma dari AC Milan.

Sebelum itu Sergio Ramos dan Georginio Wijnaldum telah menyelesaikan perpindahan mereka ke sana selepas bebas dari kontrak bersama pasukan lamanya Real Madrid dan Liverpool.

Ketiga-tiga pemain ini mungkin datang tanpa sebarang yuran perpindahan namun PSG dianggarkan telah menambah £28 juta perbelanjaan gaji tahunan untuk skuad utamanya.

Selepas itu PSG membeli pertahanan sisi dari Inter, Achraf Hakimi pada harga £60 juta dan Hakimi juga akan diberikan gaji besar.

Sejak PSG memperkuatkan pasukan dengan membeli Neymar dan Kylian Mbappe kelab ini terus agresif membawa masuk beberapa lagi pemain bagi merealisasikan impiannya menjuarai kejuaraan pertama di Liga Juara Eopah.

Perkara ini menjadi persoalan bagaimana PSG boleh berbelanja sebegitu sedangkan banyak pasukan besar lain perlu ‘mengikat perut’.

“Tempoh pandemik ini sebenarnya memberi ruang kepada beberapa kelab kaya yang mempunyai kemampuan untuk berbelanja kerana peraturan telah dilonggarkan.” Dr Daniel Plumpley, pakar kewangan dan pensyarah Universiti Sheffield

“Mereka tahu dan mengambil peluang ketika krisis. Kelab seperti PSG mempunyai kekuatan kewangan untuk melakukannya.”

Pada pra musim kali ini Barcelona mengalami beban besar apabila hutang kelabnya mencecah lebih £1 billion tetapi PSG terus kukuh hasil sokongan dari Qatar Sports Investments iaitu pemilik PSG sejak 2011.

Seperti Manchester City yang mendapat sokongan dari Abu Dhabi, PSG juga merupakan kelab yang dimiliki oleh sebuah ‘negara’.

Sebelum ini UEFA Financial Fair play (FFP) telah menjadi halangan besar kepada PSG dan Manchester City tetapi kelonggaran peraturan memberi ruang besar kepada mereka.

Keputusan melonggarkan FFP dianggap perlu ketika kelab sedang bertarung menghadapi masalah pandemik yang telah mengikis pendapatan kelab.

Pemilik kelab di eropah diizinkan membawa masuk ‘wang tambahan’ ke dalam kelab mereka pada bulan Jun lepas.

Ia merupakan ‘tindakan darurat’ atas sebab kelab tidak dapat mengelak dari mengalami kerugian. Had kerugian yang ditetapkan £26 juta sebelum ini tidak akan digunapakai buat sementara waktu.

Laporan kewangan bagi tahun 2020 tidak akan dimasukan dalam penilaian FFP dan akan diteruskan pada tahun 2021. Tempoh 2 tahun ini akan dinilai sebagai 1 penilaian tunggal.

Kelab dibenarkan untuk rugi melebihi had yang ditetapkan £26 juta asalkan mereka boleh membuktikan kerugian itu disebabkan masalah Covid-19.

Inilah sebab PSG dan Manchester City boleh berbelanja dengan gembira berbanding pasukan lain.

Pasukan pesaing tidak mempunyai pemilik yang mempunyai wang banyak dan mereka mula menjadi lemah apabila kelab tidak meraih pendapatan melalui tiket.

Apabila FFP berada dalam tempoh ‘bertenang’ ia memberi kelebihan besar kepda PSG.

Sementara itu Manchester City telah memberi kelulusan untuk berbelanja lebih £200 juta bagi mendapatkan Harry Kane dan Jack Grealish.

Bagi PSG, pada masa ini mereka mempunyai sokongan kewangan dari pemiliknya di Qatar dan jumlah aliran pendapatannya masih banyak terutamanya dari ‘penaja’.

Menurut laporan terbaharu dikeluarkan oleh Deloitte yang dikeluarkan pada Januari, PSG merupakan kelab ke-7 paling kaya didunia dibelakang Manchester City dan didepan Chelsea.

Pada musim 2019/20 PSG mengalami kerugian sebanyak £106 juta apabila jumlah pendapatan mereka turun £87 juta. Pada hari ini, perbelanjaan gaji tahunan PSG berjumlah £354 juta.

Secara amnya ia hampir sama dengan Manchester City dimana jumlah bil gaji kelab itu berjumlah £351 juta -tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kerugian yang dialami oleh Manchester City, Chelsea, Everton, Aston Villa dan Leicester City lebih besar dari PSG. Sekurang-kurangnya PSG menjana keuntungan pada musim 2017/18 dan 2018/19.

Dimana pada 2 musim itu mereka mencatat keuntungan sebanyak £62 juta sebelum cukai.

Dengan harapan PSG tidak melanggar FFP, penambahan Donnarumma, Ramos, Wijnaldum dan Hakimi -3 darinya tiada yuran perpindahan dan jumlah yuran perpindahan Hakimi akan dibahagikan mengikut tempoh kontraknya iaitu 5 tahun.

Ia bermaksud kiraan dalam akaun kelab berkaitan yuran perpindahan Hakimi hanya £12 juta/setiap tahun bukan £60 juta sekaligus.

Bagi jumlah gaji pula penambahan £35 juta setahun untuk 4 pemain tersebut akan dicatat dalam akaun kelab.

PSG mendapat sedikit wang masuk apabila menjual Mitchel Bakker ke Bayern Levekusen pada harga £8 juta dan Alphonse Areola dan Layvin Kurzawa juga dalam senarai untuk dijual.

Tidak semua pemain boleh dilonggokkan bagi mengimbangi pendapan dan perbelanjaan yang tepat.

Sama seperti pasukan lain di Ligue 1, pendapatan domestik mereka jatuh selepas perjanjian hak siaran bersama pihak liga runtuh.

Namun PSG masih mempunyai pendapatan besar di Liga Juara Eropah melalui 1 kemaraannya ke final dan 2 semi final. Ia cukup membantu mengimbangi kewangan kelab.

Slot PSG di Liga Juara Eropah sentiasa terjamin kerana mereka akan terus mendominasi kancah saingan Ligue 1.

Pada tahun 2018 PSG terlibat dengan kontroversi berkaitan isu penajaan yang diberikan oleh Qatar Tourism Authority dimana FFP melihatnya satu penyelewangan menyuntik wang ke dalam kelab.

Ia memberi masalah besar kepada PSG namun tawaran tajaan dari Accor Live dan hubungan dengan jenama Nike Jordan telah banyak membantu.

Bagaimanapun pada musim ini PSG sangat bergantung kepada dari pihak ‘Qatar’.

Apa yang akan berlaku pada FFP pada masa hadapan?

Mengibas sejarah FFP, peraturan ini dirangka pada tahun 2009 untuk mencegah kelab dari berbelanja lebih dari pendapatan dalam mengejar kejuaraan.

Tetapi kontroversi yang berlaku di PSG dan Manchester City menunjukkan peraturan tersebut belum sempurna.

UEFA cuba menggantung Manchester City dari terlibat dalam pertandingan kelab eropah selama 2 tahun kerana mereka didakwa melanggar peraturan FFP.

Namun pada Julai lepas Manchester City menang kes di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Tidak ada bukti yang meyakinkan untuk mengatakan Manchester City mengambil dana dari pemiliknya.

Ia sama seperti kes PSG pada 2014, Manchester City didakwa telah ‘meningkatkan’ angka penajaannya bagi mengelirukan UEFA.

Selepas tewas di CAS, UEFA berkata mereka akan terus berpegang kepada prinsip FFP bagi melindungi kelab dan membantu mereka menjadi lebih mampan dari segi kewangan.

UEFA juga menambah mereka akan terus kekal komited dengan prinsip tersebut.

“Saya tidak fikir FFP sudah mati. UEFA tidak akan membuangnya, ia cuma dirombak dan diperbaharui ketika kita semua perlu bergerak ke hadapan.”

“Kelab akan melalui fasa transisi ini sebelum tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.”

“Saya dan kebanyakan orang berpendapat kelestarian kewangan sesuatu perkara yang baik dan kelab perlu berbelanja dengan sebabnya sendiri.”

“Tetapi apabila anda melihat asas (tidak rugi atau sekurang-kurang balik modal) maka anda akan memilih pasukan besar.”

“Kelab besar meraih lebih banyak pendapatan, oleh itu mereka mempunyai kemampuan berbelanja lebih.” -Dr Daniel Plumpley

UEFA juga menerima hakikat FFP ‘perlu berubah’ terutamanya dalam tempoh Covid-19.

Pengarah penyelidikan dan kestabilan kewangan UEFA, Andrea Traverso juga berkata ‘peraturan kena sentiasa berkembang (develop)’.

“Mereka perlu menyesuikan diri dalam konteks bagaimana kelab beroperasi.”

“‘Balik modal’ merupakan cara berkerja sekarang”

“Pandemik telah mengubah segalanya dan untuk melihat kebelakang sebagai contoh menjadi satu perkara yang tidak berguna.”

“Jadi peraturan FFP pelu diberi fokus bersesuaian dengan situasi sekarang dan masa depan.” -Andrea Traverso

Peraturan FFP versi baharu akan dikeluarkan pada hujung tahun ini dan salah satu tokoh yang akan berada dalam perbincangan tersebut ialah presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Al-Khelaifi mungkin tidak akan merangka peraturan tersebut secara bersendirian tetapi dia berjanji akan memberi suara yang tegas.

Menjawab adakah FFP sekarang sudah mati?

Tidak, FFP hanya melalui tempoh ‘bertenang’ dan PSG menggunakan peluang yang hadir. Sama seperti Manchester City.

Baca yang lain