Kenapa Twitter Rasmi Wolves Tulis Menang 2-0 Dan Tak Kira Gol Neves? Ini Sebabnya

Wolves berjaya menewaskan Liverpool di Molineux untuk memastikan mereka terus mendaki menjauhkan diri daripada zon penyingkiran.

Dalam aksi yang berlangsung di hadapan penyokong sendiri, Wolves di hadapan menerusi gol sendiri Joel Matip. Di mana Matip menjaringkan gol sendiri seawal minit ke-5.

Ianya berpunca daripada hantaran lintang Hwang Hee Chan yang gagal dikeluarkan dengan kemas oleh Matip dan masuk ke gawang sendiri.

Wolves kemudian menambah 2 lagi gol menerusi Craig Dawson dan jaringan lewat Ruben Neves.

Menariknya di Twitter rasmi Wolves, admin page tersebut membuat grafik khas menyatakan Wolves hanya menang 2-0 dan gol Ruben Neves tidak dikira.

Kenapa ye?

Ianya sindiran balik. Sebagai membalas sindiran Klopp yang menuduh Wolves cuma bermain parking bas dan tidak berminat bermain melepasi garisan tengah.

Klopp dengan sakit hati berkata gol Neves itu tidak sepatutnya dikira, kerana Wolves tak berhak mendapat gol seperti itu dengan cara permainan mereka.

Klopp berkata: “Gol ketiga bagi saya, saya tak kira gol itu. Kerana itulah kali pertama mereka melepasi garisan tengah padang pada separuh masa kedua.”

Klopp kemudian membidas pasukannya sendiri yang seolah olah berterusan memberikan lawan menjaringkan gol awal.

Klopp menambah:”Dua lagi gol, dengan situasi kami katakan sepanjang minggu lalu, menuju ke perlawanan, ini adalah permulaan yang sangat buruk.”

Ianya kekalahan ketujuh Liverpool musim ini dengan penyokong Wolves mengejek beliau dengan lagu: “Kamu akan dipecat pada sebelah pagi!”

Adakah Klopp akan dipecat?