Kenapa Unai Emery Dikira Gagal Di Arsenal

Nak tak nak, kena pakai perkataan gagal. Isu gagal ni bukan berkait tentang piala sahaja.

Kalau nak sandarkan piala, kita akan cakap Jurgen Klopp dan Pochettino pun gagal dalam beberapa tahun pertama mereka.

Klopp dapat UCL pun pada musim keempat mereka. Namun sebelum itu tak siapa berani cakap Klopp gagal. Begitu juga Pochettino yang langsung tak bagi piala dekat Spurs itu gagal.

Kenapa?

Sebab 2 pengurus ini mempamerkan perkara yang jelas tentang aspek bola sepak. Peminat ni tak adalah buta sangat sampai nak kejar piala sahaja.

Piala itu akan tiba jika sesebuah pasukan itu stabil dan berjaya perform untuk semusim ataupun sepanjang kempen.

Tetapi Klopp dan Pochettino menguban Liverpool dan Spurs dari segi falsafah bola sepak. Mentaliti pemain.

Lihat sahaja Lampard di Chelsea. Walaupun dia kalah hari tu, kita tetap kata dia dah berikan pencapaian luar biasa setakat ini.

Lampard menanam mentaliti dan corak falfsafah permainan yang jelas. Lampard tak perlu nak ubah semua di Chelsea.

Jorginho masih no.6 dan Kante masih no.8 seperti sistem Sarri. Beliau hanya memperbaiki benda yang perlu. Lebih sukar untuk Lampard, dia manager baru, dan diarahkan menguruskan pasukan Chelsea yang ada owner yang gila sikit nak pecat pengurus.

Lepas tu tak boleh nak beli pemain. Namun Lampard berjaya menyemai mentaliti dalam diri pemain.

Klopp misalnya. Berapa banyak kali team dia berjaya skor last minute gol sebab itu mentaliti yang mereka terapkan.

Pochettino di Spurs mengubah pasukan itu menjadi free flowing football dan lebih kolektif berbanding dahulu. Mereka konsisten menjadi pasukan yang bermain di UCL dan 2 kali Pochettino membantu Spurs menamatkan saingan di tangga tertinggi dalam sejarah kelabnya.

Unai Emery, tiada falsafah yang jelas. Tak tahu apa yang jadi. Mungkin Arsenal terlalu besar untuk beliau. Sebab sebelum ini dengan pasukan seperti Valencia dan Sevilla beliau ok je.

Unai Emery jurulatih yang sukakan free flowing football. Sebab tu dulu aku rasa dia memang sesuai dengan Arsenal. Tapi entah kenapa.

Beliau jelas ada isu sukar nak handle big team.

Masuk PSG ni susah nak cerita sebab jurang dia dengan pasukan lain di Ligue 1 jauh sangat. Dan anda melihat dia ada masalah nak selesaikan isu Neymar dan Cavani. Ambil masa yang lama nak set up siapa penalty taker.

Unai ni good man dan ada gaya fatherly coach. Untuk kelab seperti Arsenal anda perlukan pengurus yang karakternya lebih kuat. Sebelum ni Wenger pun kena Wenger Out apatah lagi coach lain.

Kemudian, Unai Emery tak mampu membuat keputusan yang decisive. Misalnya dalam isu Ozil. Dia tak mampu nak offload pemain tersebut padahal dia tak nak pakai.

Kalau dia simpan pemain tu paling mahal gaji dalam kelab. Itu dari segi isu kuasa pengurus la.

Dari isu bola sepak mungkin kita boleh persoalkan kenapa dia tak tahu pakai Ozil?

Ada kalanya Ozil tu gagal masuk first eleven dan tak letak kat bench pun.

Pemain mahal ni, kalau kau tak nak pakai, kau jual. Kalau kau tak dapat jual, nak tak nak, kau kena cari cara nak pakai mereka.

Ozil ni memang tak nak pindah pun. Dan Ozil pun bukanlah pemain yang teruk. Jadi, lebih baik Unai Emery mencari solusi untuk Ozil. Itu contoh.

Lihat Ole, dia tak nak terikat dengan tanggungjawab dengan pemain paling mahal gaji, dia sanggup yakinkan pengurusan bayar gaji separuh untuk Sanchez dipinjamkam ke Inter Milan.

Kemudian, isu kontrak pemain seperti Koscielny yang gagal diselesaikan dengan baik dan meletup mamat tu cakap Arsenal tipu dia.

Ditambah konflik kapten melibatkan Xhaka dan fans Arsenal.

Nak pilih kapten pun Unai susah nak pakai kuasa pengurus dia. Dan dilaporkan terpaksa buat pilihanraya kecil di Arsenal.

Seterusnya, sampai sekarang kalau aku tanya fans Arsenal, apa formasi utama Arsenal? Siapa pemain kesebelasan utama Arsenal yang konsisten? Mereka sukar nak jawab.

Untuk pasukan seperti Arsenal, jika anda gagal memberikan piala, anda perlu memperkuatkan elemen bola sepak ataupun footballing reason.

Dulu LvG bagi piala kat Man United pun kena pecat sebab tak mampu nak masukkan falsafah dia dalam Man. United.

Seteruasnya dia adalah coach yang paling meriah dapat marquee signing tempoh hari dalam jendela perpindahan. Memanglah ada perpindahan tu loan tapi tetap dikira dia paling mendapat sokongan.

Siap dapat Pepe lagi tu, prolific winger di Ligue 1. Dapat pula Tierney dan kemudian Ceballos.

Namun apa yang berlaku, Pepe masih gagal berikan impak. Tierney tu aku faham baru fit. Si Ceballos pula pemain loan.

Apapun, selamat maju jaya kepada Unai Emery. Mungkin tiba masanya Unai mencari pasukan dark horse macam Sevilla atau Valencia sekali lagi. Kerana anda akan lebih kuat dan berkuasa ke atas bilik persalinan di situ.

Baca yang lain