Kenapa Vardy Tak Kad Merah Dan Tak Ofsaid?

Mikel Arteta jelas tak gembira dengan pengadilan ketika aksi di antara Arsenal dan Leicester semalam.

Di mana menurut Arteta, Jamie Vardy seharusnya dibuang padang lebih awal kerana menapak muka Mustafi.

Namun pemain Arsenal yang melakukan kekasaran dengan stamping challenge pada minit akhir perlawanan telah dibuang padang.

Mikel Arteta menyatakan beliau tak pasti dengan peraturan VAR berkaitan dengan Eddie Nketiah yang dibuang padang.

Nketiah dibuang padang hanya selepas 4 minit masuk ketika pasukannya mendahului 1-0.

“Saya tak faham dengan peraturan. Saya tak nampak pun pengadil memeriksa sebarang imej. Namun saya tak dapat berbuat apa apa. Ianya peraturan.”

“Kita hilang dua mata, kita kehilangan Eddie dan kita akan lihat untuk beberapa perlawanan. Namun kita akan pergi ke Spurs dan cuba memenangi 3 mata.”

Seterusnya Mikel Arteta merasakan bahawa Jamie Vardy juga seharusnya dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

Vardy melakukan tindakan susulan yang mencederakan wajah pemain lawan.

https://twitter.com/i/status/1280623722219450368

Selain itu para penyokong Arsenal juga kecewa dengan gol penyamaan Vardy yang dirasakan sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid.

Keputusan seri ini membuatkan Arsenal kini dalam kedudukan sukar untuk layak ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Baca yang lain