Penyerang Real Madrid dan Brazil, Vinícius Júnior berkata Sepanyol sepatutnya dilucutkan hak penganjuran Piala Dunia 2030 melainkan negara itu lebih baik dalam isu perkauman, yang mencetuskan kemarahan penyokong serta pengamal bola sepak di negara itu.
Vinícius sering berdepan dengan penderaan perkauman daripada penyokong lawan. Sebelum ini terdapa tiga orang penyokong dipenjarakan pada Jun atas insiden di Valencia dalam penghakiman dan hukuman pertama seumpamanya di negara itu berkaitan serangan perkauman oleh penyokong bola sepak.
Namun beliau mahukan negara itu lebih tegas dalam isu perkauman atau negara tersebut harus dilucutkan hak penganjuran Piala Dunia.
Kejohanan FIFA edisi 2030 akan dianjurkan bersama oleh Sepanyol, Portugal dan Maghribi. Bercakap dalam temu bual dengan CNN yang diterbitkan minggu lalu, Vinícius berkata perubahan venut pertandingan harus dipertimbangkan jika terdapat kemajuan yang tidak mencukupi mengenai isu perkauman.
“Sehingga 2030, kita masih ada banyak ruang untuk bertambah baik,” kata Vinícius. “Saya berharap Sepanyol boleh bertambah lebih baik, dan memahami betapa seriusnya isu menghina seseorang kerana warna kulit mereka. Jika menjelang 2030 keadaan tidak bertambah baik, saya fikir kita perlu tukar lokasi pertandingan, kerana jika pemain tak berasa selesa dan selamat bermain di negara di mana mereka boleh mengalami penderaan perkauman, ia agak sukar,” tegas superstar Real Madrid itu.
Komen itu mencetuskan perdebatan dalam media Sepanyol pada hari Selasa, dengan beberapa orang berhujah bahawa Vinícius telah melakukan kesilapan dengan melabel negara itu sebagai perkauman.
“Saya sakit hati kerana Vinícius telah menyatukan kita semua,” kata bekas penjaga gol Madrid dan Sepanyol, Paco Buyo dalam rancangan TV larut malam El Chiringuito, manakala kolumnis AS berprofil tinggi Tomas Roncero meminta pemain itu “menjelaskan” kenyataannya.
Bagaimanapun, Vinícius menjelaskan dalam temu bual bahawa komennya ditujukan kepada minoriti penyokong bukannya keseluruhan rakyat Sepanyol.
“Terdapat ramai orang di Sepanyol, majoriti, yang tidak ada masalah perkauman,” katanya. “Ia adalah kumpulan kecil yang akhirnya menjejaskan imej negara yang baik untuk didiami. Saya suka bermain untuk Real Madrid. Saya suka Sepanyol, saya menikmati pesekitaran terbaik untuk tinggal di sini bersama keluarga saya.
“Kita berharap perkara boleh bertambah baik dengan lebih banyak lagi. Mereka telah pun bertambah baik, tetapi mereka boleh bertambah baik dengan lebih banyak lagi. Untuk tahun 2030, insiden perkauman dan isu perkauman boleh, dan sepatutnya, berkurangan.”
Vinícius Júnior said Spain should be stripped of the 2030 World Cup hosting rights unless it improves on the issue of racism ❌🏆 pic.twitter.com/ghPO4lSq2f
— ESPN FC (@ESPNFC) September 4, 2024
Datuk Bandar Madrid José Luis Martínez-Almeida mengecam kenyataan Vinícius ketika bercakap kepada media pada hari Rabu: “Saya harap beliau membetulkan kenyataan itu dengan segera. Kami semua sedar bahawa masih terdapat episod perkauman dalam masyarakat dan kami perlu bekerja keras untuk menghapuskannya, tetapi adalah amat tidak adil kepada Sepanyol dan Madrid untuk mengatakan bahawa kami adalah masyarakat perkauman seperti yang dikatakan Vinícius.
“Ia menjejaskan penganjuran Piala Dunia 2030 di Madrid dan Sepanyol… Walaupun dia seorang pemain bola sepak yang luar biasa, itu tidak bermakna dia boleh bercakap sesuka hati bercakap dan menyinggung orang lain.”
Jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol Luis de la Fuente bersetuju dengan Datuk Bandar Madrid bahawa negara itu tidak bersifat perkauman.
“Sepanyol bukan perkauman,” katanya. “Sepanyol adalah contoh kewujudan bersama, hormat-menghormati dan integrasi. Ia adalah contoh yang harus dilihat oleh ramai orang. Ada tak beberapa perkara yang tidak diingini? Sudah tentu… Tetapi Sepanyol tidak bersifat perkauman, ia adalah negara yang harus dijadikan contoh oleh banyak negara lain. Sepanyol menjadi tuan rumah Piala Dunia dengan Maghribi dan Portugal akan menjadi sesuatu yang unik.”
Pertahanan Real Madrid Dani Carvajal berkata dia bersetuju dengan Vinícius bahawa perkauman di stadium adalah satu masalah yang harus dibendung, tetapi pemain veteran Sepanyol itu tidak setuju dengan kenyataan Vini bahawa Sepanyol harus dilucutkan daripada Piala Dunia 2030.
“Saya cuma katakan bahawa kami, rakan sepasukan [Vinícius], pemain, pengurus, kami menentang sebarang insiden perkauman di stadium. Saya tahu apa yang dialami Vini. Kami telah menyokongnya secara dalaman dan secara terbuka.
“LaLiga sedang menambah baik protokolnya supaya orang yang pergi ke stadium untuk menghina orang kerana warna kulit mereka tidak sepatutnya dibenarkan kembali ke acara sukan,” katanya.
“Tetapi di luar kumpulan kecil itu, saya tidak fikir Sepanyol tidak layak menjadi tuan rumah Piala Dunia. Sepanyol mempunyai kepelbagaian budaya yang besar, terdapat banyak budaya yang ada di negara kita, bagi saya, sejak saya kecil saya telah berada di sekitar banyak negara yang berbeza di kawasan kejiranan saya di Leganés. Sepanyol bukan negara perkauman.”
Beberapa bulan lalu, Carvajal turut tidak bersetuju dengan kenyataan Vinicius bahawa Sepanyol adalah negara perkauman. Ketika itu Vini menangis pada sesi sidang media perlawanan antaran Brazil dan Sepanyol.
Vinicius, 24, telah memenangi dua Liga Juara-Juara dan tiga gelaran LaLiga sejak menyertai Madrid pada 2018.
Isu perkauman dalam bola sepak Sepanyol mendapat perhatian seluruh dunia apabila pemain antarabangsa Brazil itu didera secara perkauman oleh peminat di stadium Mestalla Valencia pada Mei 2023.