Kepa Arrizabalaga telah membincangkan kembali kejadian ikonik di mana dia tak mahu dikeluarkan Maurizio Sarri dalam aksi final Piala Carabao 2019.
Kepa dan Sarri menjadi bahan jenaka dan meme di internet. Kepa kemudian diusik dengan label sebagai pengurus sebenar pasukan Chelsea kerana dia menentukan sama ada dia bermain atau tidak.
Salah faham
Penjaga gol itu menganggap insiden itu berlaku hanya kerana salah faham. Dan kemudian itulah juga peristiwa yang terus mempengaruhi prestasinya.
Kepa kehilangan tempat secara total sebagai penjaga gol utama Chelsea pada ketika musim lalu.
Sarri ketika itu mengarahkan Willy Caballero masuk untuk menggantikan Kepa yang dilihat mengalami kecederaan.
Namun Kepa ingkar arahan, malah memberikan isyarat kepada Sarri agar pengurus itu diam sahaja di bangku simpanan dan tidak sesekali menggantikannya.
Kepa menegaskan, sebenarnya dia tidak cedera, sebaliknya hanya sengaja melengahkan perlawanan. Perkara itu yang cuba dilakukan Kepa namun Sarri tidak faham dengan helah dan muslihatnya.
Lantas Kepa dianggap pemain yang ingkar arahan dan tidak patuh kepada pengurus. Ada juga yang menegaskan bahawa, Sarri mahu memasukkan Caballero kerana penjaga gol itu merupakan pakar penyelamat penalti.
Sarri mahu memastikan penjaga gol yang benar benar cergas dapat beraksi dalam penentuan penalti tersebut.
Lebih malang apabila Chelsea tewas dalam penentuan penalti.
Kepa berkata kepada Player’s Tribune: “Semuanya hanya salah paham. Saya merasa ada kesakitan di kaki saya selepas menepis bola. Lalu saya memanggil pegawai fisio untuk memastikan bahawa saya ok.”
“Sama ada saya membuat keputusan yang betul atau salah pada masa tu, saya cuba melengahkan waktu untuk memberikan kesempatan kepada pasukan saya berehat.”
“Tiba-tiba saya melihat pengurus bersedia akan memasukkan Willy. Mungkin beliau anggap saya sudah tak dapat meneruskan perlawanan lagi.”
“Saya dah cuba menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak cedera tetapi suara bising dari penyokong membuatkan keadaan menjadi sebaliknya.”
Sarri kelihatan sangat marah dengan tindakan Kepa tersebut.
Maafkan saya – Kepa
Kepa kemudian meminta maaf kepada semua pihak di Chelsea di atas tindakannya. Dia menegaskan bahawa, seharusnya dia keluar sahaja ketika itu dan menghormati pengurusnya.
Tindakannya itu secara tak langsung membuatkan Sarri menanggung malu begitu juga dengan rakan sepasukan dan penyokong Chelsea.
“Saya sepatutnya keluar sahaja pada masa itu. Malangnya saya tidak berbuat begitu, maaf.”
“Saya bersalah dan saya ingin meminta maaf untuk semua yang berkaitan dengan Chelsea. Kepada Sarri, yang sepertinya saya sudah jatuhkan air mukanya di hadapan umum, kepada Willy, kepada rakan sepasukan yang juga profesional sejati. Dan kepada rakan sepasukan serta penyokong Chelsea yang terpaksa berhadapan dengan segalanya [kritikan dan diketawakan]. ”
“Beberapa hari setelah pertandingan final itu, telefon saya dipenuhi caci maki. Orang menuduh aku melawan Sarri.”
Sorry, Sarri 😔 pic.twitter.com/ocvNmsppPb
— Goal (@goal) July 26, 2021
“Saya dan coach bercakap tentang perkara itu dan kami melupakannya.”
Selepas insiden itu, Kepa gagal mendapatkan prestasi terbaiknya. Dia yang sebelum itu dicanang sebagai penjaga gol no.1 negaranya, juga kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan.
Walaupun sudah memiliki penjaga gol termahal dunia, Chelsea sekali lagi membeli penjaga gol dengan harga mahal dengan mendapatkan Edouard Mendy.