Kisah Tragis Kepa Mulai Tak Peform Sebab Masalah Ketiga Pernah Disebut Jijo Alfonso Pereira

Jijo Alfonso Pereira pernah berkata kepada rakan-rakannya bahawa, ada tiga masalah utama negara iaitu:

1. Rasuah
2. Tak menepati masa

dan yang ketiga ini yang paling teruk:

3. Cinggey

Cinggey ni merujuk kepada awek. Dan masalah itu kini dilaporkan sedang melanda Kepa Arrizabalaga sejak tahun lalu.

 

Kepa dilaporkan berhadapan dengan masalah percintaan yang berantakan dengan teman wanitanya, berdasarkan laporan di Sepanyol.

Akibat daripada masalah ini, ianya dipercayai telah mempengaruhi prestasi beliau di atas padang. Membuatkan beliau disisikan Frank Lampard dalam perlawanan liga sebelum ini.

Malah, sejak Lampard mengambil alih jawatan pengurus di Chelsea, beliau dikatakan sudah memberikan amaran kepada Kepa bahawa dia akan mencari pengganti Kepa Arrizabalaga, jika masalah ini berterusan dan prestasi beliau terus merudum.

Penjaga gol Burnley, Nick Pope, Dean Henderson (penjaga gol United dipinjam ke Sheffield pada masa tu) antara dalam senarai dikehendaki Lampard ketika itu.

Kepa beberapa kali digantikan dengan penjaga gol veteran, Willy Caballero.

Kepa di puncak dunia

Segalanya serba sempurna buat Kepa. Beliau ditebus kontrak oleh pasukan besar di England iaitu Chelsea yang datang menawarkan gaji lumayan.

Beliau menjadi penjaga gol termahal di dunia dengan nilai sekitar £75 juta.

Beliau pastinya diberikan harapan tinggi untuk kembali semula ke prestasi terbaik.

Pada musim pertamanya, Kepa cemerlang dan mulai dipanggil ke skuad kebangsaan Sepanyol. Prestasi tak menentu De Gea pada masa itu membuatkan segelintir peminat mulai meminta pengurus Sepanyol menjadikan Kepa sebagai no.1 di Sepanyol.

Betapa baiknya perjalanan karier beliau ketika itu. Penuh dengan senyuman dan kegembiraan.

Kepa memiliki jumlah ratio penyelamatan yang luar biasa di sebalik pertahanan Chelsea yang ketika itu agak goyah. Kepa menjadi Mr. Reliable dan membantu pasukannya menjuarai UEL.

Masalah cinggey buatkan Kepa kepasrahan

Namun selepas itu Kepa berdepan masalah di luar padang yang mempengaruhi dirinya. Sayang sekali jika beliau cepat mengalah. Selepas membina reputasi yang sangat baik termasuk pernah dijangka akan terus menjadi penjaga gol no. 1 Sepanyol ketika prestasi merosot pada De Gea.

Beliau berhadapan dengan masalah percintaan yang serius kerana sudah lama berkasih sayang dengan Andrea Perez. Pasangan tersebut dilaporkan sudah berpisah. Dan Kepa masih sayangkan aweknya itu.

Malah, media Sepanyol melaporkan ibu bapa Kepa sangat kasihankan putera mereka itu yang meratapi putusnya hubungan cintanya.

Jadi, laporan bahawa Kepa Arrizabalaga tak sehaluan dengan Lampard kerana kecewa dengan penjualan rakan baiknya, David Luiz adalah tidak tepat.

Takkanlah sebab berpisah dengan rakan sepasukan terus down teruk kan?

Caballero yang kerap menggantikan beliau musim lalu beraksi lebih baik daripada beliau. Tetapi penjaga gol veteran itu bukanlah berada di peak beliau lagi. Nak tak nak Lampard kena beli keeper baru lagi.

Dan kemudian, De Gea pula kembali ke prestasi terbaiknya. Kepa terus tersasar jauh daripada landasan yang dia sudah lalui.

Musim 2018/19 Kepa bolos sebanyak 58 kali. Itu petanda bahawa dia sudah tidak ‘berada’ di padang lagi. Fikirannya ada di tempat lain.

Kepa sangat sayangkan wanita bernama Andrea Perez yang sudah bersamanya selama 7 tahun lamanya.

Kedua-duanya saling mengenali ketika mereka masih remaja atau tepat pada usia 18 tahun. Pada masa itu, Kepa bertemu Andrea ketika dia masih beraksi untuk kelab Athletic Bilbao.

Andrea adalah wanita yang cukup setia mendampingi Kepa. Andrea terus setia walaupun Kepa memutuskan berkarier jauh di England dengan Chelsea.

Namun, berita buruk datang dari pasangan itu. Kepa dan Andrea dilaporkan putus di tengah jalan. Walaupun tidak pasti apa yang menyebabkan keruntuhan hubungan mereka, ini cukup memberi kesan, terutama pada prestasi Kepa di Chelsea.

“Orang-orang yang dekat dengan Kepa mesti mengetahui penyebab utama penurunan prestasi. Dia baru-baru ini berpisah dengan teman wanita yang telah lama bersamanya,” kata seorang kenalan rapatnya, seperti yang dilaporkan Mirror.

“Dia (Kepa) sangat menderita. Pasangannya pergi bersama Kepa ke London ketika dia meninggalkan bekas kelabnya Athletic Bilbao.”

“Dia tinggal bersamanya sehingga hubungan itu berakhir.”

Lampard terus cuba membantu

Lampard sudah cuba membantunya. Termasuk memberikan kelepasan rehat khas kepada pemain itu untuk kembali fokus.

Di kala pemain lain menghadiri kem kecergasan, Kepa diberikan kebenaran untuk melakukan perkara lain bagi mengalihkan fokusnya.

Ye la, nama pun dah sayang kan. Kepa masih ada perjalanan karier yang masih panjang. Dan pasukan beliau sangat memerlukannya untuk bangkit semula bagi membantu Chelsea kembali kental dan bersaing dalam kejuaraan.

Pada musim 2019/20 Kepa mencatatkan ratio saves di bawah 60%. Bermakna setiap shot on target kepadanya, separuh kemungkinan ia akan masuk.

Dan pembukaan musim 2020/21, Kepa melakukan satu lagi blunder yang sukar diterima. Beliau ter-beri hadiah kepada Sadio Mane dalam aksi big match berdepan Liverpool.

Lampard tetap cuba membantu beliau. Itu ikrar Lampard. Namun pada masa yang sama, perkhabaran bahawa Kepa semakin menuju ke pengakhiran karier di Stamford Bridge terus bertiup.

Chelsea dilaporkan sudah memeterai perjanjian mendapatkan penjaga gol Nice, Eduoard Mendy. Bukan sesuatu yang menghairankan. Ini kerana Kepa sudah 3 musim di Chelsea.

Jadi tidak ada alasan untuk mencari rentak lagi bagi penjaga gol termahal dunia.

Namun itu bukan bermakna Kepa harus mengalah!

Ini bukan pertama kali Kepa berhadapan dengan kemeruduman prestasi. Tetapi beliau pernah bangkit semula dan kembali ke prestasinya yang cemerlang.

Ramai peminat mulai mendoakan agar jejaka kacak, jambu , itu akan cepat move on daripada masalah yang melanda.

Kerana bunga itu bukan sekuntum kan?

Come On Kepa. Kami tahu kamu mampu untuk bangkit dan kami faham masalah cinggey ni. Kepa kamu bisa!

Baca yang lain