Kepala Smalling Diacukan Pistol Depan Anak Dan Isterinya, Dalam Rompakan Di Rumahnya

Pemain pertahanan AS Roma Chris Smalling dan keluargnya dilaporkan telah menjadi mangsa rompakan bersenjata selepas rumahnya di Itali telah diceroboh masuk pada pagi jumaat.

Kejadian ini selepas kes rompakan di rumah pemain bola sepak PSG, Di Maria dan Marquinhos sebelum ini.

Dalam kejadian rompakan bersenjata itu beberapa barang berharga seperti jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah dilarikan.

Chris Smalling telah terlepas perlawanan suku akhir Europa League ketika Roma menewaskan Ajax kerana masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan lutut.

Menurut laporan agensi berita Itali, Ansa, tiga lelaki telah memecah masuk rumah Smalling yang terletak diluar Rome melalu tingkap bilik tidur.

Perompak itu kemudian telah memaksa Smalling untuk membuka peti keselamatan dengan mengacukan pistol dan telah merompak 3 jam tangan rolex, barang kemas dan wang tunai 300 euro.

Selain Smalling, ahli keluarga beliau juga turut berada dirumah dan isteri Smalling telah membuat panggilan kepada pihak polis pada sekitar jam 5 pagi.

Pihak polis kini sedang menyiasat kamera pengawasan bagi mengenal pasti apa yang terjadi.

Setakat ini Roma dan Smalling tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi tetapi bekas rakan sepasukan Smalling di Manchester United, Marcus Rashford telah menitipkan ucapan takziah.

Sebagai tanda sokong kepada Smalling, Marcus Rashford telah menulis di laman Twitternya:

“Teringatkan kamu Smalling dan keluar yang tercinta. Amat menyedihkan bangun pagi dan menerima berita ini. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan kau tapi aku harap kau okay. Love”

Roma akan bertemu Manchester United di perlawanan separuh akhir Europa League selepas kedua-dua pasukan ini berjaya menewaskan lawan masing-masing di suku akhir.

Pada bulan November lalu, rumah jurulatih Roma, Paulo Fonseca telah dipecah masuk ketika beliau dan keluar tiada dirumah. Jam tangan dan beberapa barangan berharga telah hilang.

Rumah penyerang Lazio, Joaquin Correa di Rome juga telah dirompak beberapa hari sebelum itu.

Sumber: The Sukan

Baca yang lain