Kepulangan Ibrahimovic Mahu Bangkitkan Semula Roh San Siro, Dan Limitasi Kerosakan Milan

Zlatan Ibrahimovic sah kembali semula ke AC Milan. Pasukan yang beliau pernah tinggalkan 8 tahun lalu untuk merasai cabaran baharu di PSG.

Zlatan Ibrahimovic meninggalkan AC Milan sebagai juara Itali ketika itu. Pasukan terakhir yang menjuarai Serie A selain Juventus dalam fasa dominasi mereka sehingga ke hari ini.

Zlatan Ibrahimovic adalah pemain yang sudah pun berusia 38 tahun. Namun AC Milan tanpa berselindung menyatakan mereka membawa masuk pemain itu kerana mahu memperbaiki kempen mereka musim ini.

Bagi saya musim AC Milan memang dah rosak. Mereka sekarang dalam fasa mengurangkan impak kerosakan itu ataupun damage limitation.

Mereka sudah memecat pengurus yang mereka lantik untuk menggantikan Gennaro Gatusso. Sudah berapa orang pengurus mereka dalam beberapa musim ini?

Stefano Piolli dalam sidang medianya menyatakan beliau membawa Zlatan kerana mahu pemain itu menjadi pemimpin kelompok pasukan termuda dalam Serie A musim ini.

Zlatan sudah pastinya tidak berada pada peak terbaik beliau. Dan berada pada fasa akhir kariernya.

Namun beliau pastinya mengingatkan kita kepada Henrik Larrson yang dahulu dibawa Sir Alex Ferguson untuk menampung depth di barisan serangan Man United.

Impak Larson ketika itu sangat baik. Sir Alex Ferguson mahu melanjutkan lagi kontrak pemain itu. Larsson terpaksa menolak tawaran Sir Alex kerana sudah berjanji akan bermain dengan kelabnya.

Beberapa bulan selepas Larsson pergi Man United dinobatkan juara EPL. Namun siapa akan lupa sumbangan beliau dalam 10 perlawanan di United yang melayakkan beliau mendapat medal kejuaraan EPL.

Zlatan Ibrahimovic pasti berbeza dengan situasi di atas. Cuma nak cerita kisah veteran dan apa yang mereka pernah jelmakan.

Zlatan kali ini dalam misi membantu Milan naik ke tempat Europa League. Itu sasaran paling realistik mereka sekarang ini.

Ketika ini, kedudukan sekarang pasukan AC Milan di Serie A adalah tidak bagus. Mereka berada di tangga kesebelas dengan hanya 21 mata. Lapan kekalahan setakat ini.

Zlatan sudah berjanji akan memberikan semula keceriaan di San Siro sekali lagi.

Milan mungkin tidak akan berbelanja pada Januari ini. Kalau ada pun, saya jangka perpindahan free agent seperti Zlatan. Ini kerana mereka musim ini menjalani hukuman FFP.

Mereka perlu untuk kembali semula ke pentas Eropah bagi mendapatkan semula wang tambahan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan kesukaran yang lebih lagi, untuk bersaing di pasaran perpindahan dan mendapatkan pemain terbaik.

Kesannya pastilah kesukaran untuk membentuk pasukan yang berkualiti bagi mencabar trofi. Seterusnya mereka berpotensi hilang ramai pemain berbakat kerana tawaran pasukan lain.

Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain yang sangat berpengaruh di atas padang terutama sekali kepada pasukannya. Keyakinan dan ego Zlatan semua orang tahu kan?

Beliau pastinya diharap akan dapat membangkitkan pemain pemain muda dan berbakat di AC Milan.

Selamat pulang Zlatan Ibrahimovic ke San Siro. Serie A nampaknya ada tambahan nilai hiburan lebih lepas ni.

Baca yang lain