Hakim Ziyech sudah pernah melupakan aksi Piala Dunia 2022, selepas dia tidak sehaluan dengan pengurus lama Maghribi. Namun siapa sangka, Walid Regragui memberikannya harapan semula dan kini gandingan mereka antara nadi Maghribi dalam mencipta sejarah demi sejarah dalam Piala Dunia 2022.
Ziyech pernah merajuk dituduh menipu
Hakim Ziyech sebelum ini pernah mengumumkan persaraannya pada Februari selepas tidak sehaluan dengan pengurus sebelum ini.
Ziyech mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsaselepas dia diketepikan daripada skuad Piala Negara Afrika oleh Vahid Halilhodzic.
Bekas pengurus Maghribi itu pada mulanya berselisih dengan Ziyech pada Jun 2021 selepas playmaker itu enggan bermain aksi persahabatan kerana mahu menjaga kecergasannya untuk Chelsea,
Halilhodzic menuduh Ziyech sebagai penipu status kecergasan dan kecederaannya.
Kemudian Ziyech membuatkan hubungan mereka retak sepenuhnya apabila dia memuat naik status di media sosial melabel pengurus itu sebagai badut yang suka berbohong.
Ziyech ketika itu benar benar tidak diturunkan oleh Chelsea dalam beberapa perlawanan kerana tidak cergas.
Hakim Ziyech has not been selected in the latest Morocco squad, and local reports are speculating a fall out with the coach, Vahid Halilhodziç, suggesting Ziyech has 'zero chance' of playing for him again…. https://t.co/QJCRvylj0g pic.twitter.com/Q9u0jqlQT7
— Simon Phillips (@siphillipssport) August 27, 2021
Ketika Piala AFCON, ramai terkejut dengan pengurus Maghribi yang tidak menyenaraikan Ziyech. Dia menjelaskan kenapa Ziyech tidak dipanggil untuk AFCON:
“Pemain yang saya pilih adalah yang terbaik di negara ini. Saya tak nak panggil mereka yang tak nak bermain.”
“Saya tidak memilih pemain yang boleh mengganggu keseimbangan kumpulan pemain ini.”
“Walaupun namanya Lionel Messi. Perangai Ziyech tidak sesuai dengan pemilihan pasukan kali ini.”
“Dia tidak mahu berlatih, tidak mahu bermain. Dia tidak ambil serius. Saya tidak akan merayu dia untuk kembali.”
Ziyech memutuskan sudah cukup dan nekad selepas penghinaan itu dan mengumumkan dia bersara dari pasukan kebangsaan dan tidak memberi sebarang petunjuk bahawa dia akan kembali.
Ramai yang mengecam Ziyech kerana dianggap besar kepala dan tidak patriotik memandangkan dia merupakan pemain yang lahir di Belanda dan memilih untuk mewakili negara asal nenek moyangnya.
Dia bersedia mendengar kritikan itu dan berkata: “Sudah tentu, saya memahami mereka tetapi saya tidak akan kembali ke pasukan kebangsaan.”
“Ya, ini keputusan muktamad saya. Semuanya jelas bagi saya bagaimana keadaan di sana, semuanya jelas bagi saya dan saya memberi tumpuan kepada apa yang saya lakukan dan itu sekarang ini tumpuan saya adalah di kelab saya.”
“Sudah tentu, siapa yang tidak sedih tidak dipangil untuk AFCON, tetapi pada akhirnya, ia adalah keputusan yang dia buat dan anda perlu menghormatinya, tetapi sebaliknya segala pembohongan itu turut bersamanya, ia jelas bagi saya.”
“Seperti yang saya katakan sebelum ini saya tidak akan kembali ke pasukan kebangsaan. Saya faham dan saya kasihan dengan mereka.”
Itu nampaknya ia akan menjadi penghujungnya sejauh kerjaya antarabangsa Ziyech berkenaan.
Masalah utama Ziyech adalah Halilhodzic yang tidak mempercayainya dan berikrar dia tak akan sesekali bermain untuk pengurus itu lagi.
🎙 Hakim Ziyech on Morocco head coach Vahid Halilhodžić:
“He can fly high, fly low, stand on my doorstep, sleep in my attic or in the basement. I’m not playing for this national coach.” 🇲🇦❌ pic.twitter.com/em2xd04TlH
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 25, 2022
Tetapi Halilhodzic telah dipecat pada Ogos, dan ketua jurulatih baharu Walid Regragui telah bertindak pantas untuk membaiki kerosakan dengan Ziyech dengan FA Maghribi.
Walid Regragui pujuk Ziyech
Walid melakukan tugas ajaibnya bersama Maghribi dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Dia telah menjadikan Ziyech sebagai pemain penting pasukannya.
Walaupun dia hanya mengambil skuad Maghribi pada Ogos 2022, namun dia berjaya mengeluarkan yang terbaik daripada setiap pemain.
• Walid Regragui only took the Morocco job in August
• Hakim Ziyech came out of international retirement for this
• Zero goals conceded against Croatia, Belgium, Spain and Portugal
Morocco have the story of this World Cup, without a doubt.
— Karan Tejwani (@karan_tejwani26) December 10, 2022
Ziyech embali dan mengganas di Piala Dunia 2022
Ziyech ‘segera menerima’ jemputan untuk menyertai semula Singa Atlas. Kerana hatinya memang masih sayangkan Maghribi. Jika tidak, ,mudah sahaja dia dahulu menyertai panggilan Belanda dan menolak negara moyangnya, Maghribi.
Dalam aksi Piala Dunia menentang Belgium Ziyech menjadi arkitek penting Maghribi mencipta sejarah, menang ke atas pasukan no.2 dunia, Belgium.
Dia malah hampir menjaringkan gol pembukaan, cuma dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.
📸 – NO GOAL! OFFSIDE! pic.twitter.com/XrceXPJHsW
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) November 27, 2022
Walaupun tidak menjaringkan gol tetapi dia tetap menyumbangkan assist untuk membunuh perlawanan pada masa kecederaan.
Walaupun tidak mendapat minit yang banyak di kelab, Ziyech masih bermain bola sepak luar biasa untuk negaranya.
Dia turut menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan menentang Belgium.
February 2022: Hakim Ziyech retires from Morocco's national team after row with then-manager Vahid Halilhodžić.
August 2022: Halilhodžić is sacked and replaced by Walid Regragui. Ziyech rejoins team.
November 2022: Ziyech wins first World Cup Man of the Match 🏆 pic.twitter.com/t5XVY6xQLJ
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) November 27, 2022
Kisah Ziyech tidak terhenti di situ, dalam aksi berdepan dengan Sepanyol pada peringkat 16 akhir, dia menjadi nadi pasukannya untuk mara ke suku akhir berhadapan dengan pasukan Portugal. Sekali lagi, Maghribi diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan.
"I am not here to be a politician. We want to fly Africa's flag high just like Senegal, Ghana, Cameroon. We are here to represent Africa."
~ Morocco 🇲🇦 coach Walid Regragui — when asked if his team's win over Spain was a "win for the Arab world." pic.twitter.com/ejiRbVqNeG
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) December 8, 2022
Hanya dengan 1 gol daripada En Nesyri, Maghribi kini menjadi negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Regragui berhak menjadi jurulatih terbaik
Regragui terus menunjukkan magisnya di tepi padang. Dia merencana taktikal terbaik untuk pasukannya.
Pengurusannya lebih disenangi para pemain Maghribi. Dia tegas dalam isu disiplin namun sangat mesra dalam isu berkaitan dengan hubungan bersama pemain.
🇲🇦 Led #MAR to a best ever run in World Cup.
🇲🇦 First African manager to reach the quarter-finals.
🇲🇦 6 clean sheets in 7 games, including in wins over #BEL & #ESP.
🇲🇦 Got key men Ziyech & Mazraoui back to playWalid Regragui's job 👏#Qatar2022 | #FIFAWorldCup pic.twitter.com/cLolg8xyta
— GiveMeSport (@GiveMeSport) December 7, 2022
Keputusannya untuk memujuk Ziyech kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan benar benar tepat. Dan pemain itu membalas kepercayaan jurulatihnya itu.
Dia menganggap Ziyech sebagai pemain penting pasukan negaranya. Regragui malah menganggap Ziyech seperti anaknya yang perlukan kasih sayang.
Ketika itu dia sendiri tidak pasti sama ada Ziyech benar benar pemain bermasalah? Namun nalurinya berkata pemain seperti Ziyech perlukan bimbingan dan dia sedia menggalas tanggungjawab itu bukannya membiarkan sahaja pemain itu terus terbuang.
Walid Regragui berkata: “Dia [Ziyech] budak kecil saya. Dia boleh boleh membuatkan saya mungkin silap atau betul [dengan meminta dia kembali semula ke pasukan kebangsaan].”
“Namun kita dapat merasakan bahawa dia boleh memberikan kita sesuatu. Kita harus bertanggungjawab dan meyayanginya, seperti Neymar, Mbappe atau Messi.”
“Dia memberikan saya segalanya di atas padang.”
Walid Regragui on Hakim Ziyech: "He's my little one. He could have given me right or wrong, but the people felt he had something to give. We must give him responsibilities and love. It's like Neymar, Mbappé or Messi. He gives me everything on the field." pic.twitter.com/WNjZVF3OrL
— Scoreboard Survey (@scoreboardSY) December 7, 2022
Regragui benar benar membangkitkan semangat Maghribi dalam perlawanan ini. Sama seperti pemain Maghribi yang lain, dia juga meraikan kejayaannya dengan ibunya.
Walid Regragui’s mother Fatima who has lived in Paris for more than 50 years has never traveled to watch him as a player or coach but he insisted she comes to the World Cup in Qatar.
Result? He inspired Morocco 🇲🇦 to a historic quarterfinal place. 🥺🥺🥺pic.twitter.com/qT2mVhBLTV
— Usher Komugisha (@UsherKomugisha) December 7, 2022
Kini setiap selangkah mereka mara akan menjadi rekod terbaru negara Afrika ataupun negara Arab secara tak langsung.
Hanya 2 perlawanan sahaja memisahkan mereka daripada kejuaraan dunia. Dengan kejayaan yang mereka cipta di Qatar 2022, mereka sudah tentunya mulai ada keyakinan akan dapat melakar kejutan terbesar dalam Piala Dunia,