Keraian Skrol Samsung Coby, Safawi Mohon Maaf Kepada Peminat Dengan Nada Ikhlas

Safawi Rasid menjaringkan satu gol dalam aksi berhadapan dengan Thailand. Dan membantu negara untuk menang ke atas Gajah Perang.

Namun peminat bola sepak Malaysia ternyata tidak selesa dengan keraian Safawi Rasid yang menunjukkan isyarat keluarkan telefon Samsung Coby dan mengetiknya sambil menyuruh peminat diam di media sosial.

Sebenarnya, amat jarang pemain yang ofensif ataupun ‘memperlekeh’ penyokong sendiri. Kerana itu adalah pilihan terakhir mereka, kecuali kes kes berkaitan dengan rasis, agama dan juga kes lebih berat.

Untuk setakat kritikan di media sosial ataupun platform lain, ramai pemain profesional tidak akan bertindak sebegitu kepada penyokong. Kerana mereka pemain profesional dibayar beratus ribu malah mencecah jutaan ringgit setahun.

Tekanan daripada mulut penyokong itu antara sebab mereka dibayar. Jurulatih lagilah tinggi tekanan dia. Boleh dikatakan, jurulatih orang pertama yang akan dihentam. Dan bayangkan perasaan jurulatih seperti Tan Cheng Hoe ketika masuk ke stadium mengadap penyokong.

Safawi Rasid mungkin telah melakukan kesilapan. Kerana beliau seharusnya tidak begitu melayan apa yang ada di media sosial.

TMJ dan Matt Davies

Sepertimana TMJ meminta Mat Davies untuk tutup dulu media sosial dan fokus kepada pasukan di atas padang.

Dalam satu bual bicara dengan Hafizal Hamad, TMJ berkata: “Tak [bukan marah], saya selalu pesan dengan pemain pemain saya. Benda yang pertama yang kita harus buat adalah bekerja di atas padang.”

“Dan saya juga dah nasihat banyak kali pemain pemain saya, saya cakap, kurangkan, bukannya saya tak bagi mereka pakai media sosial.”

“Kalau nak kongsi gambar, kekal berhubung dengan orang yang kita sayang, boleh. Tetapi kita tak boleh taksub sangat media sosial.”

“Kalau awak sentiasa buka dan baca komen, dan sebagai contoh, majoriti komen adalah sangat negatif. Itu akan mempengaruhi kesihatan mental kamu. Dan itu juga akan mempengaruhi prestasi kamu.”

“Jadi, tutup telefon, guna hanya untuk menghubungi isteri ke, teman wanita, ibu bapa, kawan kawan. Dan jangan pergi ke instagram, twitter ataupun Facebook. Hanya perlu fokus kepada kerja masing masing.”

“Bila saya tengok [Matt Davies], ya [saya faham], dia mungkin nak memberikan semangat: ‘Ok, ayuh, masa untuk bangkit semula’.”

“Dan bila saya tengok pemain pemain yang komen dalam post Matt Davies tu, jadi saya tegurlah, bukan sahaja kepada Matt Davies tetapi kepada semua sekali.”

“Orang kata, tak payah….. tindakan itu akan ‘bercakap’ lebih lantang berbanding kata kata.”

“Jangan sekadar ayuh lakukannya, tetapi ayuh lakukannya di dalam padang. Biarkan aksi kamu berbicara, bukannya menerusi media sosial. Itu bagi pandangan saya.”

“Dengan era moden hari ini, sudah tentu semua orang aktif dengan media sosial.  Tetapi saya suka menggalakkan pemain saya untuk ambil selangkah ke belakang dalam bermedia sosial. Mungkin daripada 100% kamu selepas ini hanya 50% [di media sosial].”

“Itu prinsip saya dan nasihat saya kepada pemain pemain. Lagi lagi tugasan antarabangsa. Di mana harapan tinggi diletakkan,  ramai yang mengharapkan mereka menunjukkan aksi terbaik. Ramai orang menilai.”

“Jadi, ini bukan masanya untuk kamu berada [aktif] di media sosial. Hanya perlu fokus kepada latihan, bekerja keras dan prestasi kamu.”

Pawi minta maaf

Safawi kemudian meminta maaf di atas keraiannya. Menerusi media sosialnya, Pawi berkata:

“Alahmdulillah syukur, terima kasih kepada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami. Saya minta maaf atas keraian gol yang tidak menyenangkan itu.”

“Perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Maaf sekali lagi.”

Satu tindakan berani daripada bintang kebangsaan Malaysia yang menjadi idola ramai anak muda yang mahu menjadi sepertinya.

Orang kata, permohonan maaf yang paling ikhlas itu adalah dalam kenyataan ‘jika’ atau ‘sekiranya’ ada yang terasa hati.

Pawi benar benar mengakui ianya satu kesilapan. Safawi Rasid masih muda dan beliau menunjukkan kepada generasi muda bagaimana cara meminta maaf sebagai pemain dan anak muda yang beradab.

Setiap orang melakukan kesilapan. Jadi, dari pihak kami, maaf diterima. Dan teruskan memperbaiki prestasi kamu Pawi supaya meletus balik macam sebelum ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan