Pelumba acara jalan kaki Sepanyol kategori wanita, Laura Garcia Caro pasti menyesali perbuatannya yang meraikan terlalu awal sebelum tiba di garisan penamat.
Dalam acara jalan kaki 20km di Kejohanan Olahraga Eropah semalam, Lauro kelihatan gembira meraikan dia bakal memenangi pingat gangsa. Ini termasuk dengan aksi gembira dan tersenyum lebar sambil menjelirkan lidahnya.
Dia turut melilitkan bendera Sepanyol di lehernya dalam aksi yang diadakan di Stadio Olimpico sambil menumbuk ke udara.
Kegembiraan dak keraian awal itu dirampas pada saat saat akhir apabila pelumba asal Ukraine Lyudmila Olyanovska memintas Laura ketika perlumbaan masih 2 atau 3 meter lagi.
Laura yang sudah kehilangan momentumnya hanya menyedari keraian dia bakal menjadi bahan ejekan internet seluruh dunia. Dia tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan pingat gangsanya dan hanya menunjukkan reaksi wajah kecewa dan malu.
NEW: Spanish speed walker 'finds out' after premature celebration during the women’s 20km race walk at the first medal event of the European Championships.
Oof.
Laura Garcia-Caro was seen smiling, punching the air and sticking out her tongue.
The celebration was short-lived as… pic.twitter.com/y586vfdtBG
— Collin Rugg (@CollinRugg) June 8, 2024
Laura berkata kepada wartawan selepas tamat perlumbaan: “Saya benar benar kecewa. Awalnya, saya bergelut dengan teruk pada perlumbaan ini. Namun saya bangkit dalam 10 meter terakhir. Dan saya ingatkan saya sudah berjaya melakukannya, malangnya tidak.
“Sekarang saya harus mengsingkan perasaan yang saya rasa sekarang ini daripada diri saya untuk merawat hati saya,” tegas pelumba jalan kaki 29 tahun itu.
Ramai peminat Sepanyol berharap Laura akan belajar daripada kesilapannya. Kerana perlumbaan itu hanya berakhir apabila ia benar benar berakhir ataupun di garisan penamat.
Atlet yang memintasnya itu adalah pemenang pingat perak acara tersebut di trek Kejohanan Eropah 10 tahun lalu. Dia mendedikasikan pingat gangsanya kepada rakyat negaranya.
Olyanosvka berkata: “Pada 1 kilometer dan beberapa meter terakhir, saya sangat keletihan. Namun saya berazam mahu memberikan pingat buat negara saya. Saya benar benar mahu melakukannya.
“Hari ini perang di negara kami. Kami semua berlatih dalam keadaan sangat sukar. Saya tak tahu sama ada anak saya yang berusia 5 tahun dapat melihat saya berlumba hari ini. Sebab negara kami, segala infrastruktur banyak yang musnah. Tak ada elektrik, tak ada internet, tak ada lampu, jadi saya tak tahulah kalau mereka ada menonton saya di tv pada hari ini.”
https://youtu.be/TOKFAeKHjLY