Timbalan Setiausaha Sukan Argentina Julio Garro, mengecam tindakan pemain pemain bola sepak Argentina yang menurutnya telah mencemarkan nama baik negara itu.
Garro berpendapat, video yang dimuat naik oleh Enzo Fernandez di Instagram telah membuatkan ramai menggelarkan Argentina sebuah negara yang rasis.
Garro mendesak Presiden Argentine Football Association (AFA), Claudio “Chiqui” Tapia , dan kapten Lionel Messi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Perancis.
Ini selepas pasukan Argentina meraikan kejayaan menjuarai Copa America dengan lagu rasis. Menurut Garro sebagai kapten Messi seharusnya sedar perbuatan rakan rakannya itu tidak betul dan bolej mencemarkan imej negara.
Dan kini Garro mahu Messi dan Presiden AFA bertanggungjawab dan meminta maaf. Julio Garro berkata: “Pada pendapat saya, kapten Argentina, Lionel Messi, kamu harus tampil membuat permohonan maaf bukannya hanya berdiam diri di atas apa yang berlalu.
“Seterusnya, saya juga merasakan presiden AFA juga harus meminta maaf kepada Perancis. Ini kerana apa yang berlaku, menerusi video Enzo Fernandez itu telah meletakkan negara kita dipandang serong oleh negara lain di seluruh dunia.
“Ini adalah peluang untuk kita belajar daripada kesilapan. Dan mahu masyarakat melihat bola sepak sebagai wadah untuk saling bermaafan. Kita mahu memberitahu bahawa sikap saling bermaafan itu adalah perkara yang mulia.
“Perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita, diajar di sekolah dan di dalam kelab bola sepak. Namun kita masih tidak melihat lagi kenmuncaknya dalam dunia bola sepak.
Argentina government itself asks AFA President Tapia and Argentina captain Lionel Messi to apologise for the racist and transphobic chants against France
And here Messi fans were insulting me because I said as a captain Messi has to take responsibility and address the incident. pic.twitter.com/CSp9OcInfu
— Footballista ☭ (@Footballistan_) July 17, 2024
Enzo Fernandez sudah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya. Dia menyatakan bahawa dia tidak mahu menegakkan benang yang basah, kerana lirik lagu tersebut memang rasis.
“Saya meminta maaf dengan seikhlas hati di atas video yang saya post di Instagram. Menunjukkan detik pasukan kebangsaan kami meraikan kejayaan menjuarai Copa America.
“Lagu itu diselitkan dengan lirik yang rasis, tiada alasan lagi untuk kata kata seperti itu.
“Saya menentang sebarang bentuk diskrimianasi dan saya meminta maaf kerana saya hanyut dalam kegghairahan dalam keraian Copa America kami. Video itu, momen itu, ayat ayat tersebut, langsung tidak menggambarkan kepercayaan dan karakter saya. Saya benar benar meminta maaf,” tegas pemain tengah Chelsea itu.
Chelsea kemudian memberikan penjelasan tentang insiden itu. Mereka mengalu alukan permohonan maaf daripada Enzo namun kelab tetap akan melakukan proseduer tatatertib ke atas pemain tersebut.