Kerajaan Argentina Pertimbang Letak ‘Kepala Messi’ Pada Wang Kertas 1,000 Peso

Bank Negara Argentina kini mempertimbangkan untuk meletakkan wajah Messi pada nota kertas 1,000 peso Argentina. Ini selepas Messi membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2022.

Cadangan itu sudah lama disuarakan peminat bola sepak Argentina. Namun pertimbangan serius perkara itu mulai dibuat sejak beberapa hari ini.

Messi dianggap layak berada pada wang kertas Argentina untuk menjadi simbol perpaduan dan kejayaan negara tersebut.

Sebelum ini Argentina pernah mengeluarkan wang peringatan khas kepada kejayaan Argentina memenangi Piala Dunia pertama mereka pada 1978.

Argentina yang diketuai Lionel Messi berjaya memenangi Piala Dunia ketiga untuk negara mereka di Qatar 2022. Di mana Messi menjadi inspirasi pasukannya menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir dalam penentuan sepakan penalti.

Messi dan pasukan Scaloneta – gelaran peminat Argentina kepada pasukan bimbingan Lionel Scaloni dianggap menepati syarat untuk diletakkan pada wang kertas Argentina.

Messi akan dijadikan wajah utama dengan gambar Scaloneta yang lain di belakangnya.

Ini kerana pasukan ini telah memenagi Copa America 2021, Finalissima dan juga Piala Dunia,

Not 1,000 dipilih kerana no.10 yang ada pada depan angka not tersebut yang sinonim dengan Messi.

Cadangan ini sudah dibincangkan oleh Bank Negara Argentina sebelum Argentina beraksi di final Piala Dunia 2022.

Dan ianya akan diputuskan kelak sama ada Argentina akan mengeluarkan wang kertas khas itu.

Messi merupakan pemenang 7 Ballon d’Or dan dianggap calon pilihan untuk memenagi Ballon d’Or 2023 akan datang untuk menjadikannya trofi individu kelapannya.

Messi kini akan fokus kepada misi PSG dalam usaha memenangi UCL pertama kelab itu di dalam sejarah.

Baca yang lain