Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP RM10K One Off

Kerajaan akhirnya bersetuju dengan cadangan untuk pengeluaran KWSP sekali bayaran sebanyak RM10k

Perkara itu diumumakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob.

Dalam kenyataannya, PM Malaysia itu berkata: “Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.”

“Perincian pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia.”

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.”

“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada para pencarum supaya tidak mengeluarkan simpanan jika tiada keperluan mendesak.”

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.”

Isu KWSP RM10 dibayar lansam itu mulai dibangkitkan oleh beberapa pihak kerana merasakan keadaan sekarang sangat mendesak.

Di ruangan komen rata rata menyambut baik usaha kerajaan tersebut. Malah ada yang menganggap wang itu boleh digunakan untuk membantu merancakkan ekonomi negara.

Diharap korang membuat keputusan yang terbaik untuk wang KWSP korang ye.