Di China krisis ekonomi akibat pandemik telah membuatkan beberapa bank mereka tidak membenarkan pelabur atau penyimpan wang mengeluarkan wang mereka atau menyimpan lagi.
Bank Henan adalah bank besar yang tidak membenarkan pelabur mengeluarkan wang deposit mereka. Dan ianya digelar satu skandal di China dalam krisis perbankan di negara tersebut.
South China Morning Post melaporkan bahawa 40 billion yuan (US$6 billion) wang pendeposit lesap. Ianya adalah krisis yang membuatkan ramai rakyat China mulai hilang kepercayaan kepada kerajaan dan agensi perbankan.
Rakyat China mempersoalkan peranan kerajaan dalam melindungi wang mereka yang disimpan atau dilaburkan di dalam bank. Mereka mendesak agar sesuatu dilakukan segera.
Di Henan, ramai mengadakan protes di hadapan Bank Henan. Ianya adalah protes terburuk dilakukan sejak skandal itu dibongkar pada April.
Mereka meminta agar wang mereka dikembalikan segera! Ada yang menangis dan mengancam mahu membunuh diri jika tidak mendapat semula wang mereka. Ini kerana itu adalah simpanan untuk masa depan mereka.
This is huge. Don't know how this will end. Henan bank is NOT the only one that is having problems with liquidity. All four Chinese banks are having the same issue. Some depositors found they can save and can NOT withdraw money with their bank cards. #bankrun #China #CCP pic.twitter.com/5WYYgpmIWP
— Jennifer Zeng 曾錚 (@jenniferatntd) July 10, 2022
Melihat protes yang semakin teruk berlaku, kerajaan mengerahkan unit kereta kebal dan polis anti rusuhan berkawal di hadapan bank.
Ianya kerana kerajaan mahu mengelakkan rakyat merusuh dan menceroboh bank tersebut.
🚨🚨🚨🚨Breaking news🚨🚨🚨🚨
Tanks are being put on the streets in China to protect the banks.
This is because the Henan branch of the Bank of China declaring that people's savings in their branch are now 'investment products' and can't be withdrawn.
🔊sound pic.twitter.com/cwTPjGz84K
— Wall Street Silver (@WallStreetSilv) July 20, 2022
Peristiwa itu benar benar mengingatkan rakyat kepada peristiwa pertumpahan darah yang teruk dalam sejarah China pada 4 Jun 1989 di Tiananmen Square.
Di mana tentera dengan unit kereta kebal telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam terutama sekali pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan.
Peristiwa itu tidak boleh dibincangkan langsung di China dan tidak dimasukkan di dalam mana mana silibus sejarah negara tersebut.
#PLA #tanks on the streets in Rizhao City, #Shandong Province, #CCPChina. It was said that there is a navy training base nearby, and this happens every year.
Yet, right now… pic.twitter.com/bkaFu011Ou— Jennifer Zeng 曾錚 (@jenniferatntd) July 19, 2022
Malah sebelum ini influencer paling berpengaruh di China, telah di-gam secara terus ketika meraikan harjiadinya dengan kek berbentuk kereta kebal.
Walaupun sebelum ini bank berjanji bahawa pendeposit di Henan, China akan mendapatkan kembali wang beku mereka secara berkelompok — dengan kelompok yang pertama akan dibayar pada 15 Julai, hanya segelintir pendeposit telah menerima pembayaran, menimbulkan persoalan serius sama ada bank masih ada duit atau tidak?
Pada 10 Julai, lebih 1,000 pendeposit berkumpul di luar cawangan Zhengzhou bank pusat negara itu, People’s Bank of China, untuk melancarkan bantahan terbesar mereka.
Mengikut notis Biro Penyeliaan Kewangan Wilayah Henan, beberapa pendeposit bank di kampung dan pekan Henan sepatutnya mendapatkan semula deposit mereka pada 15 Julai.
Bagaimanapun, media bukan arus perdana percaya bahawa hanya segelintir pendeposit yang telah mendapat pembayaran ini. Media negara China juga tidak menyiarkan apa-apa tentang pembayaran balik itu.
Media bukan arus perdana Hong Kong juga percaya bahawa pengaruh Presiden China Xi Jinping kini agak goyah. Ia juga boleh mencetuskan insiden menjadi lebih besar (seperti protes bank Zhengzhou) menunjukkan bahawa bank-bank ini benar-benar tidak mempunyai wang untuk ganti rugi.
Sebahagian besar hasil bagi kerajaan tempatan adalah daripada pajakan tanah, terutamanya pajakan kepada pemaju hartanah dan memandangkan begitu banyak projek tidak siap, banyak syarikat pembinaan tidak membeli tanah lagi. Ianya telah menjejaskan hasil kerajaan tempatan.
Sementara itu, video telah ditularkan di dalam talian beberapa hari lalu menunjukkan di mana profesor Universiti Tsinghua Beijing, Zheng Yuhuang berkata bahawa 2022 adalah tahun yang sukar bagi China — 460,000 syarikat di China ‘bungkus’ pada separuh pertama 2022, dan 3.1 juta industri dan komersial ditamatkan.
Pembubaran perusahaan melonjak 23 peratus tahun ke tahun, 10.76 juta graduan kolej telah memasuki dalam struktur masyarakat, dengan tekanan pekerjaan yang hebat, dan 80 juta sahaja orang muda yang bekerja.
🧵A few nuances to understand the Henan County Bank protest:
The protest banners point to Henan Govt and Party Secretary Lou Yangsheng, but they are protesting at PBOC's Zhengzhou branch.
This location choice is very relevant to the case.
— Liqian Ren (@liqian_ren) July 10, 2022
Menurut laporan media, sebab mengapa penggantungan pembayaran balik pinjaman oleh pembeli rumah tidak ditangani dengan segera ialah kerana pegawai kanan kerajaan tunduk dengan para pemaju yang lebih berkuasa.
Hampir setiap pemaju hartanah yang berjaya adalah mereka dari beberapa keluarga berkuasa dari elitis Parti Komunis China (PKC), sama seperti Evergrande (salah satu pemaju hartanah terbesar di China) Xu Jiayin, dan anak saudara Zeng Qinghong (ahli politik PKC) Zeng Baobao terlibat secara langsung dalam hartanah untuk menjana wang .
Pemaju hartanah biasa juga perlu merasuah pegawai kerajaan di semua peringkat sebagai pertukaran untuk pembangunan mereka. Jika pemimpin tertinggi CPC mahu menyiasat rasuah dalam bangunan dan hartanah yang belum siap, mereka mungkin akan memakan diri mereka juga.
Beratus-ratus pendeposit telah mengadakan beberapa tunjuk perasaan di bandar Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan, tetapi tuntutan mereka tidak diendahkan oleh pihak berkuasa China.