Kerajaan China Haramkan Penyiaran Artis Lelaki Bersolek Seperti Wanita

China kini memfokuskan idea pemikiran Xi Jinping dalam semua bidang.

Sebelum ini silibus pendidikan mereka telah diterap dengan subjek khas berkenaan dengan falsafah Xi Jingping.

Dan sekarang, China mengorak satu lagi langkah yang mereka gelar rejuvenasi pemuda pemudi negaranya. Di mana China mulai memperkasakan semula budaya agar lelaki tampil keras dan maskulin.

Kerajaan China kini diminta untuk tidak menayangkan sebarang artis lelaki yang bersifat effeminate ataupun lelaki yang bersolek dan berdandan seperti wanita. Mereka juga melabel bahawa golongan ini sebagai terpesong.

China juga semakin risau kerana media elektronik dan media cetak dikuasai oleh golongan effeminate ini.

Sebenarnya budaya Kpop telah membawa kepada gelombang lelaki bersolek ini. Dan ianya mempengaruhi artis artis muda dan remaja di China. Di mana artis lelaki mereka juga mulai bersolek.

Kerajaan menetapkan bahawa siaran tv bertanggungjawab untuk tidak mempromosi lelaki yang dianggap bersifat lembut ini dan mempromosi lebih ramai artis maskulin.

Dahulu perfileman China terkenal dengan cerita kung fu yang keras dan artis lelaki mereka berebut rebut menayangkan body yang sasa.

Selain itu tv kerajaan China dikatakan turut menggunakan ayat yang dianggap ofensif bagi sesetengah pihak iaitu niang pao yang bermaksud pondan atau lelaki lembut.

Ianya menjadi sangat kontroversi. Ramai aktivis kebebasan gender telah mengutuk tindakan tv China.

Seterusnya lembaga penapisan juga akan menapis konten dari negara jiran mereka iaitu Jepun dan Korea Selatan selepas ini.

Dua negara tersebut merupakan pembawa pengaruh yang sangat kuat kepada lelaki berdandan ini dalam budaya pop mereka.

Ianya sehingga sekarang cerita kung fu China pun dikatakan telah menggunakan lelaki yang disolek berlebihan seperti perempuan.

Bukan itu sahaja, China juga memperketatkan larangan influencer di internet yang memuat naik konten terlalu seksi untuk menarik peminat atau subscribers mereka.

Menurut kerajaan, ianya bertentangan dengan budaya masyarakat China yang wanitanya harus bersopan santun. Ianya dianggap sebagai revolusi budaya oleh parti sosialis di China.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa mereka melarang remaja dan pelajar bawah 18 tahun bermain game lebih daripada 3 jam seminggu.

Mereka hanya boleh bermain pada hujung minggu di luar waktu persekolahan iaitu Jumaat sehingga Ahad (serta jika ada cuti ataupun kelepasan khas). Dalam 3 hari tersebut hanya sejam sehari sahaja, iaitu dari pukul 8-9 malam sahaja.

Presiden Xi Jinping merasakan bahawa rakyat negaranya sudah terlalu banyak terpengaruh dengan budaya luar sehinggakan budaya China itu sendiri luntur.

Beliau tidak mahu bangsa yang paling ramai di dunia itu akan terhakis budayanya kerana globalisasi.

Tindakan itu sudah pastinya mendapat banyak bantahan. Dilaporkan beberapa selebriti di China yang bersuara menentang dasar itu sudah ditahan dan disiasat.

Kerajaan China dikenali dengan polisinya yang sebelah pihak ketika melaksanakan dasar.

China Hadkan Sejam Sehari (Jumaat-Ahad) Saja Untuk Pelajar Sekolah Bermain Game

Kerajaan China akan mengenakan peraturan yang melarang kanak-kanak di China bermain permainan dalam talian.

Mereka yang berumur 18 tahun ke bawah hanya dibenarkan bermain selama satu jam pada hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa permainan hanya akan dibenarkan antara pukul 8 malam dan 9 malam. Polisi ini adalah untuk menangani ketagihan permainan dalam talian oleh remaja tempatan.

Dasar ini juga memerintahkan syarikat permainan untuk mengelakkan kanak-kanak bermain di luar waktu ini. Syarikat ini diminta menggunakan mekanisme berkesan untuk memastikan peraturan ini dilaksanakan.

Kerajaan akan memantau secara terperinci setiap data permainan atas talian ini. China dikenali dengan dasar kerajaan yang tegas.

Kegagalan syarikat ataupun pengeluar permainan ini boleh menyebabkan mereka diharamkan secara terus di China.

Ianya adalah sebagai respon kerajaan China kepada satu kajian yang diterbitkan oleh sebuah media kerajaan China.

Di mana kajian itu mendapati remaja China semakin teruk kecanduan permainan atas talian dan banyak kesan buruk.

Selepas kajian itu dihebahkan menerusi tv kebangsaan China, BBC melaporkan bahawa banyak syarikat permainan di China mengalami penurunan nilai pasaran.

Pada bulan Julai, gergasi permainan China Tencent mengumumkan akan melancarkan pengecaman wajah untuk menghentikan kanak-kanak bermain antara pukul 10 malam dan 8 pagi.

Dasar baru ini akan melibatkan berjuta juta pelajar di bawah 18 tahun.

Langkah itu berikutan kebimbangan bahawa kanak-kanak menggunakan kad pengenalan orang dewasa untuk melanggar peraturan dan sekatan itu. Tencent pastinya tak mahu syarikat mereka diharamkan kerana mereka adalah syarikat yang mengaut berbillion dollar setahun.

Dengan membuat peraturan baru ini, pemerintah China berharap dapat mewujudkan tenaga positif di kalangan orang muda dan mendidik mereka tentang apa yang dianggap oleh Beijing sebagai nilai-nilai kehidupan sebenar.

Peraturan ini mendapat banyak sokongan daripada ibu bapa di negara ini walaupun beberapa kritikan muncul di forum Weibo oleh pelbagai pihak termasuk pihak ibu bapa sendiri pun ada.

Ada ibu bapa yang menyatakan bahawa industri permainan atas talian sedang berkembang pesat dan anak anak mereka sedang membina karier untuknya.

Ramai remaja juga membantah peraturan ini. Ada yang menyindir kerajaan China dengan berkata: “Kalau macam tu, tentukan sahaja jadual makan dan jadual kami ke tandas.”

China sebelum ini melancarkan silibus Pemikiran Xi Jinping dalam semua tahap pendidikan mereka termasuk sekola tinggi dan Universiti.

China risau kerana semakin ramai anak muda dilihat semakin tidak menghormati pemimpin yang dianggap pemimpin legenda negara mereka.

Dan kerajaan China sedang menjejaki sesiapa sahaja yang memberikan komen yang dianggap membimbangkan pemerintah di media sosial.

Akaun media sosial mereka akan ditutup serta merta.