Kerajaan China Larang Pemain Bertatu, Arah Buang Tatu Atau Tutup

Persatuan Bola Sepak China telah mengeluarkan arahan larangan bertatu kepada pemain bola sepak mereka. China kini memfokuskan dan memperkasakan idea pemikiran Xi Jinping dalam semua bidang.

Bagi pemain yang sudah bertatu, mereka dilarang menambah tatu tersebut dan diwajibkan menggunakan baju lengan panjang ketika beraksi dan berlatih. Namun itu atas pengecualian khas,

Peraturan oleh FA China itu sesuai dengan arahan kerajaan menerusi Parti Komunis China yang melarang sama sekali pemain daripada bertatu ataupun menambah tatu (pada yang sudah ada tatu sebelum peraturan dikuatkuasakan).

Di mana PKC semakin risau dengan generasi muda di China hari ini yang semakin kebaratan dan hilang identiti bangsa mereka.

Peraturan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk menjadikan atlet terutama sekali yang mewakili negara mereka agar menjadi contoh yang baik kepada masyarakat terutama sekali genmerasi muda.

Dalam kenyataan oleh Pertadbiran Sukan China (GAS): “Pasukan kebangsaan di semua peringkat perlu dengan tegas mengamalkan kesemua peraturan dan syarat yang ditetapkan dan perlu sepenuhnya menunjukkan semangat positif sebagai pemain bola sepak China yang akan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.”

“Pasukan utama kebangsaaan dan pasukan B-23, para pemain dilarang sama sekali memiliki tatu, dan kepada mereka yang sudah ada tatu sebelum peraturan ini dikuatkuasakan, mereka dinasihatkan untuk membuang kesemua tatu tersebut.”

“Atas pengecualian khas, dan dipersetujui oleh pasukan, maka pemain diwajibkan untuk menutup tatu mereka dari pandangan umum ketika latihan dan perlawanan sebenar.”

Buat masa ini, jurulatih jurulatih di China peringkat B-20 diminta untuk tidak memannggil mana mana pemain bertatu. Kerajaan akan menyediakan silibus khas untuk para pemain berkaitan ideologi dan semangat baharu negara China.

Salah seorang bintang bola sepak terkenal China yang menjadi pemain utama pasukan negaranya ialah Zhang Lingpeng, berusia 32 tahun, memiliki tatu penuh badan.

Pemain yang pernah dilabel Marcello Lippi sebagai pemain terbaik China di Liga Super China.

Pemain Guangzhou Evergrande itu bertatu sejak 2019. Linpeng merupakan pemain yang regular dalam kesebelasan China.

Dan baru baru ini dia disisihkan daripada aksi menentang Wales dan  Czech Republic – di mana ketika itu ramai percaya ianya bukan kerana pemain itu cedera atau tak cergas. Namun kerana dia bertatu. Pada masa itu larangan bertatu hanyalah secara verbal. Kini ianya sudah diwartakan.

Tahun lalu, satu perlawanan antara universiti, aksi melibatkan pasukan wanita dibatalkan kerana ada pemain yang merwarnakan rambut.

Buat masa ini larangan itu hanya untuk pemain pemain tempatan China dan tiada larangan lagi untuk pemain pemain import.

Larangan lain

Sebelum ini China melarang lelaki berperwatakan lembut ataupun bersolek berlebihan ala bintang Kpop muncul di TV.

Sebelum ini silibus pendidikan mereka telah diterap dengan subjek khas berkenaan dengan falsafah Xi Jingping.

Dan sekarang, China mengorak satu lagi langkah yang mereka gelar rejuvenasi pemuda pemudi negaranya. Di mana China mulai memperkasakan semula budaya agar lelaki tampil keras dan maskulin.

Kerajaan China kini diminta untuk tidak menayangkan sebarang artis lelaki yang bersifat effeminate ataupun lelaki yang bersolek dan berdandan seperti wanita. Mereka juga melabel bahawa golongan ini sebagai terpesong.

China juga semakin risau kerana media elektronik dan media cetak dikuasai oleh golongan effeminate ini.

Sebenarnya budaya Kpop telah membawa kepada gelombang lelaki bersolek ini. Dan ianya mempengaruhi artis artis muda dan remaja di China. Di mana artis lelaki mereka juga mulai bersolek.

Kerajaan menetapkan bahawa siaran tv bertanggungjawab untuk tidak mempromosi lelaki yang dianggap bersifat lembut ini dan mempromosi lebih ramai artis maskulin.

Dahulu perfileman China terkenal dengan cerita kung fu yang keras dan artis lelaki mereka berebut rebut menayangkan body yang sasa.

Selain itu tv kerajaan China dikatakan turut menggunakan ayat yang dianggap ofensif bagi sesetengah pihak iaitu niang pao yang bermaksud pondan atau lelaki lembut.

Ianya menjadi sangat kontroversi. Ramai aktivis kebebasan gender telah mengutuk tindakan tv China.

Seterusnya lembaga penapisan juga akan menapis konten dari negara jiran mereka iaitu Jepun dan Korea Selatan selepas ini.

Dua negara tersebut merupakan pembawa pengaruh yang sangat kuat kepada lelaki berdandan ini dalam budaya pop mereka.

Ianya sehingga sekarang cerita kung fu China pun dikatakan telah menggunakan lelaki yang disolek berlebihan seperti perempuan.

Bukan itu sahaja, China juga memperketatkan larangan influencer di internet yang memuat naik konten terlalu seksi untuk menarik peminat atau subscribers mereka.

Menurut kerajaan, ianya bertentangan dengan budaya masyarakat China yang wanitanya harus bersopan santun. Ianya dianggap sebagai revolusi budaya oleh parti sosialis di China.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa mereka melarang remaja dan pelajar bawah 18 tahun bermain game lebih daripada 3 jam seminggu.

Mereka hanya boleh bermain pada hujung minggu di luar waktu persekolahan iaitu Jumaat sehingga Ahad (serta jika ada cuti ataupun kelepasan khas). Dalam 3 hari tersebut hanya sejam sehari sahaja, iaitu dari pukul 8-9 malam sahaja.

Presiden Xi Jinping merasakan bahawa rakyat negaranya sudah terlalu banyak terpengaruh dengan budaya luar sehinggakan budaya China itu sendiri luntur.

Beliau tidak mahu bangsa yang paling ramai di dunia itu akan terhakis budayanya kerana globalisasi.

Tindakan itu sudah pastinya mendapat banyak bantahan. Dilaporkan beberapa selebriti di China yang bersuara menentang dasar itu sudah ditahan dan disiasat.

Kerajaan China dikenali dengan polisinya yang sebelah pihak ketika melaksanakan dasar.

China Hadkan Sejam Sehari (Jumaat-Ahad) Saja Untuk Pelajar Sekolah Bermain Game

Kerajaan China akan mengenakan peraturan yang melarang kanak-kanak di China bermain permainan dalam talian.

Mereka yang berumur 18 tahun ke bawah hanya dibenarkan bermain selama satu jam pada hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa permainan hanya akan dibenarkan antara pukul 8 malam dan 9 malam. Polisi ini adalah untuk menangani ketagihan permainan dalam talian oleh remaja tempatan.

Dasar ini juga memerintahkan syarikat permainan untuk mengelakkan kanak-kanak bermain di luar waktu ini. Syarikat ini diminta menggunakan mekanisme berkesan untuk memastikan peraturan ini dilaksanakan.

Kerajaan akan memantau secara terperinci setiap data permainan atas talian ini. China dikenali dengan dasar kerajaan yang tegas.

Kegagalan syarikat ataupun pengeluar permainan ini boleh menyebabkan mereka diharamkan secara terus di China.

Ianya adalah sebagai respon kerajaan China kepada satu kajian yang diterbitkan oleh sebuah media kerajaan China.

Di mana kajian itu mendapati remaja China semakin teruk kecanduan permainan atas talian dan banyak kesan buruk.

Selepas kajian itu dihebahkan menerusi tv kebangsaan China, BBC melaporkan bahawa banyak syarikat permainan di China mengalami penurunan nilai pasaran.

Pada bulan Julai, gergasi permainan China Tencent mengumumkan akan melancarkan pengecaman wajah untuk menghentikan kanak-kanak bermain antara pukul 10 malam dan 8 pagi.

Dasar baru ini akan melibatkan berjuta juta pelajar di bawah 18 tahun.

Langkah itu berikutan kebimbangan bahawa kanak-kanak menggunakan kad pengenalan orang dewasa untuk melanggar peraturan dan sekatan itu. Tencent pastinya tak mahu syarikat mereka diharamkan kerana mereka adalah syarikat yang mengaut berbillion dollar setahun.

Dengan membuat peraturan baru ini, pemerintah China berharap dapat mewujudkan tenaga positif di kalangan orang muda dan mendidik mereka tentang apa yang dianggap oleh Beijing sebagai nilai-nilai kehidupan sebenar.

Peraturan ini mendapat banyak sokongan daripada ibu bapa di negara ini walaupun beberapa kritikan muncul di forum Weibo oleh pelbagai pihak termasuk pihak ibu bapa sendiri pun ada.

Ada ibu bapa yang menyatakan bahawa industri permainan atas talian sedang berkembang pesat dan anak anak mereka sedang membina karier untuknya.

Ramai remaja juga membantah peraturan ini. Ada yang menyindir kerajaan China dengan berkata: “Kalau macam tu, tentukan sahaja jadual makan dan jadual kami ke tandas.”

China sebelum ini melancarkan silibus Pemikiran Xi Jinping dalam semua tahap pendidikan mereka termasuk sekola tinggi dan Universiti.

China risau kerana semakin ramai anak muda dilihat semakin tidak menghormati pemimpin yang dianggap pemimpin legenda negara mereka.

Dan kerajaan China sedang menjejaki sesiapa sahaja yang memberikan komen yang dianggap membimbangkan pemerintah di media sosial.

Akaun media sosial mereka akan ditutup serta merta.

Baca yang lain