Kerajaan China Mengadu Peminat Real Madrid Ejek Wartawan Mereka Secara Rasis

Kerajaan China menerusi kedutaannya di Sepanyol telah menghantar aduan rasmi kepada Real Madrid minggu ini. Ianya berikuta serangan ejekan rasis diterima oleh wartawan dari negara itu daripada peminat Real Madrid ketika aksi final UCL baru baru ini.

Real Madrid yang baru meraikan kemenangan Vinicius Jr melawan penyokong Valencia ke atas Vini Jr. Di mana ada 3 pesalah telah dihukum penjara selama 8 bulan dan dilarang hadir ke stadium selama 2 tahun.

Real Madrid dalam kenyataannya menyatakan bahawa mereka akan terus membanteras isu rasisme dalam bola sepak. Dan kini mereka menerima laporan daripada kedutaan China berkenaan kelakuan penyokong mereka sendiri.

Seorang wartawan China cuba menemuramah sekumpulan peminat Real Madrid. Malangnya dia mendengar nyanyian ejekan berbaur rasis ke atasnya.

Video tersebut tular di Weibo dan kemudian di twitter. Ramai peminat melabel penyokong Real Madrid tersebut sebagai hipokrit kerana selama ini mereka menyokong Vini Jr yang diejek secara perkauman. Dan kini mereka sendiri melakukan perkara yang sama ke atas orang lain.

Dalam video itu peminat Madrid tersebut menyanyikan: ‘Oh the little Chinese girl, she shakes it for me, on the bed of your sister.”

Peminat di China sudah memberikan tekanan kepada Real Madrid akan segera bertindak atau mereka melancarkan boikot ke atas kelab itu.

Menurut laporan, Los Blancos sudah maklum akan perkara itu dan mereka konsisten dengan pendirian mereka bahawa mereka akan memerangi sebarang kelakuan rasisme dan xenophobia.

Real Madrid berkata ianya adalah insiden terpencil. Dan tindakan individu tersebut tidak mewakili prinsip kelab tersebut dan tidak mewakili keseluruhan penyokong Real Madrid.

Real Madrid menegaskan bahawa kelab itu sentiasa berpegang kepada prinsip saling hormat menghormati dan memberikan jaminan kepada peminat mereka di China bahawa mereka akan mengambil tindakan.

Kelab juga berterima kasih kepada peminat di China yang sentiasa menyumbang kepada perkara positif dan semangat persahabatan antara China dan Sepanyol.

Ramai peminat Real Madrid turut kesal dengan insiden itu dan mahukan kesemua mereka yang terlibat dilarang sama sekali datang ke perlawanan Real Madrid selepas ini.

Ada juga peminat dari luar meminta Dani Carvajal memberikan komennya kerana dia sebelum ini menyatakan dia tak pernah sekali pun tengok penyokong bola sepak di Sepanyol itu rasis.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Vini Jr di bilik media yang sama menangis mengenangkan dia diserang secara rasis di Sepanyol.