Kerajaan Edar Topeng Muka Percuma Kepada Setiap Isi Rumah

Share on facebook
Share on twitter

Topeng muka telah menjadi benda yang sangat penting dan mendapat permintaan yang sangat tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Bukan senang nak mendapatkan topeng muka pada ketika ini. Ada yang terpaksa membayar dengan harga yahudi demi keselamatan keluarga. Nak buat macamana kan.

Topeng muka percuma

Kerajaan akhirnya mengambil inisiatif untuk mengedarkan topeng muka kepada setiap isi rumah di Malaysia secara percuma.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu pada sidang akhbar pada Rabu (8 April), di mana beliau menyatakan sebanyak 24.2 juta topeng muka yang akan diedarkan di seluruh negara.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyerahkan topeng muka kepada Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) untuk diedarkan di negeri masing-masing.

“Setiap isi rumah di seluruh negara mendapat empat topeng muka percuma,” kata Ismail.

Ahli Parlimen Bera itu juga menambah bahawa topeng muka telah dihantar ke beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dan untuk peruntukan bagi rakyat di Sabah dan Sarawak, ia akan diterbangkan pada hari semalam oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Namun tiada tarikh khusus diumumkan oleh kerajaan berkenaan dengan pengedaran topeng muka tersebut kepada semua.

Apapun, terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas usaha ini. Bukan senang nak dapat topeng muka sekarang.

Dan tak banyak kerajaan di dunia yang sanggup mengedarkan topeng muka secara percuma.

Baca juga:

Pakar Kesihatan Saran PKP Dilanjutkan Beberapa Minggu Lagi

Profesor AS Puji Malaysia Tangani Covid-19 Berbanding Negaranya

 

Baca yang lain