Kerajaan Itali Dikecam Kerana Halang ‘The Beckham Law’ Seperti Diminta Serie A

Kerajaan Itali tidak menyokong cadangan ‘The Beckham Law’ yang diminta oleh Serie A. Ianya adalah peraturan di mana pemain bintang besar dari luar negara Itali boleh diberikan diskaun cukai 50%.

Ini adalah cara untuk La Liga satu ketika dahulu menarik David Beckham menyertai mereka dan kemudian beberapa bintang besar lain. Kerana tertarik dengan tawaran diskaun cukai tersebut.

Serie A yang semakin di belakang liga lain dari segi populariti, cuba untuk menarik lebih ramai bintang besar kembali bermain di negara mereka.

Walaupun kelab kelab di Itali mampu menawarkan gaji sebesar yang ditawarkan kelab seperti EPL dan La Liga, namun dengan The Bekham Law, ianya boleh menarik minat pemain untuk datang.

Peraturan itu yang dikenali secara rasmi sebagai Crescita Decree, akan membenarkan penerima gaji yang tinggi di kalangan warga asing, agar mendapat diskaun cukai 50%.

Di La Liga dahulu, ketika adanya The Beckham Law, pemain pemain nama besar dari luar Sepanyol hanya perlu membayar cukai sebanyak 24% sahaja.

Namun perbincangan peraturan itu di Itali sudah ditamatkan dengan kerajaan Itali sudah membantah sama sekali idea itu.

Serie A benar benar kecewa dengan kerajaan, kerana menurut mereka, kerajaan tidak mempertimbangkan sebaik baiknya cadangan itu dan terus menolak idea tersebut.

Ini akan memberikan impak kepada Serie A yang cuba menarik minat bintang besar datang.

Pada November, CEO AC Milan, Girgio Furlani sudah memberikan amaran kepada kerajaaan: “Menafikan kebaikan Crescita Decree kepada Serie A akan menjadi satu kehancuran kepada bola sepak Itali.”

Sementara itu, Presiden Lazio, Claudio Lotito menyatakan bahawa, tindakan kerajaan membantah idea tersebut adalah satu kesilapan dan memberikan kesan kepada kelab kelab besar di Itali.

Ini kerana kelab kelab besar ini semakin sukar untuk mengekalkan pemain pemain mereka yang bergaji tinggi. Memandangkan kesan selepas covid, banyak kelab masih dalam proses pemulihan.

Lotito berkata: “Kerajaan pasti akan menyedari kesilapan mereka. Kerajaan turut tidak akan menerima wang lebih banyak [kerana tidak ramai pemain bintang besar dari luar yang datang bermain di Itali].”

“Jika kamu berjaya menarik pemain pemain bintang luar datang ke Itali, ianya akan memberikan lebih kebaikan berbanding dengan tiada pemain yang datang, dan kamu tidak mendapat apa apa bukan? Liga ini akan menjadi semakin tidak menarik.”

“Musim lalu ada 3 pasukan Itali di final pertandingan Eropah. Musim ini kamu akan lihat nanti.”

“Beberapa kelab juga akan hancur kerana dasar kerajaan ini seperti Milan, Juve dan Roma.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan