Al Ittihad sebelum ini telah menyatakan bahawa mereka mahukan ikon Liverpool dan juga ikon pemain Muslim dunia, Mohamed Salah menyertai mereka.
Namun Liverpool menyatakan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.
Al Ittihad merupakan salah satu daripada big 4 atau 4 kelab besar di Arab Saudi yang mendapat sokongan dana negara atau PIF.
PIF turut mebiayai Al Nassr, Al Ahli dan Al Hilal selain daripada Al Ittihad. Di Eropah PIF adalah pemilik kepada Newcastle United.
Al Ittihad sudah memberitahu PIF yang merupakan badan di bawah kerajaan negara itu, bahawa mereka menjangkakan Mo Salah akan menjadi sangat mahal kerana pemain itu bukan untuk dijual.
Sebelum ini perpindahan tertinggi di Arab Saudi dicatatkan Neymar dengan harga €90 juta.
Jadi harga Mo Salah mungkin di sekitar itu atau lebih besar. Lebih lebih lagi kelab itu sudah mendapat sokongan dana untuk mendapatkan superstar seperti Karim Benzema dan N’golo Kante.
PIF sudah memberitahu Al Ittihad bahawa, soal wang jangan risau. PIF sanggup membayar apa sahaja angka diminta oleh Liverpool untuk pemain itu.
Dengan Mohamed Salah yang sudah berusia 31 tahun, Al Ittihad yakin pemilik kelab itu, FSG akan tertarik untuk menjual pemain itu dengan harga yang tinggi.
Al Ittihad juga berharap Mohamed Salah sendiri yang berkeinginan untuk menyertai mereka dan mendesak kelab Liverpool menjualnya.
Difahamkan bahawa Al Ittihad sedia menjadikan Mohamed Salah sebagai pemain bergaji tertinggi di Arab Saudi mengatasi Cristiano Ronaldo secara keseluruhan. Pendapatan merangkumi gaji asas, bonus dan insentif lain,
Difahamkan Mo Salah ditawarkan kontrak dengan gaji £1.25 juta seminggu gaji tetap tanpa cukai.
Ronaldo secara purata menerima £3.4 juta seminggu di Al Nassr selepas gajinya ditambah bonus dan pendapatan lain.
Secara purata, Ronaldo menerima £484 ribu [sekiar RM2.83 juta] dalam masa sehari di Al Nassr.
Jika Mo Salah menerima tawaran Al Ittihad dia boleh menerima gaji lebih besar daripada itu dalam masa seminggu.
Beberapa faktor diambil kira termasuk faktor Mo Salah berbangsa Arab dan juga beragama Islam. Dia boleh menjadi ikon sejati untuk kelab itu dan juga Liga Pro Saudi.
🚨💣 BREAKING: MO SALAH WANTS TO LEAVE LIVERPOOL!
Al-Ittihad will offer him a salary that will make him the HIGHEST PAID player in the Saudi Pro League. 🇸🇦🤑
The Saudi club have already met his representatives in Doha and will offer him more wages than Cristiano Ronaldo.
They… pic.twitter.com/xRCNy7zNvl
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 24, 2023
Laporan media Arab Saudi menyatakan bahawa Mo Salah sedia menerima syarat itu jika Liverpool mahu menjualnya.
Namun Fabrizio Romano menyatakan bahawa, mustahil untuk Liverpool menerima sebarang tawaran untuk Mo Salah kerana pemain itu dalam kategori ‘kebal’ di Anfield.
Dia baru melanjutkan kontraknya musim lalu di Liverpool dengan gaji £350k [RM2.05 j] seminggu di Anfield.
Liverpool ketika ini tidak berminat untuk berunding dengan mana mana kelab yang mahukan Mo Salah. Pemain itu bukan untuk dijual.
Liverpool have been clear with Mo Salah and Al Ittihad: no intention to negotiate, he’s considered not for sale 🚨🔴 #LFC
Al Ittihad astronomical contract bid to Salah remains valid to tempt Mo; but only way would be for Salah to force the move.
🎥 More: https://t.co/Z2vHWU1jrU pic.twitter.com/8QzyCwKH51
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 24, 2023
Namun Al Ittihad berharap Mo Salah akan menghantar transfer request kepada Liverpool untuk datang memeriahkan Liga Pro Saudi.
Dan memberitahu pemain itu bahawa tawaran mereka masih lagi sah selagi lagi jendela perpindahan dibuka. Salah boleh memberitahu mereka pada bila bila masa jika dia sudah mendesak perpindahan tersebut.
Hanya itu cara terbaik pada masa ini untuk kelab itu melihat Mo Salah berseragam Al Ittihad.
Al Ittihad antara kelab yang mendapat dana daripada PIF selain Al Nassr, Al Ahli dan Al Hilal.
Kelab itu sebelum ini sudah mendapatkan Karim Benzema, N’golo Kante, Jota dan Fabinho. Mo Salah dianggap pemain yang boleh menjadikan pasukan itu sebagai pasukan terbaik di Arab Saudi pada masa ini.