Kerajaan Suriname Ancam Saman Netflix Kerana Drama Narco-Saints Jejaskan Imej Negara Mereka

Narco-Saints, yang kini disiarkan di Netflix, dilaporkan bakal menerima tindakan perundangan dan disaman oleh Suriname.

Menurut laporan dari Reuters, siri lakonan Park Hae-soo itu dikatakan memberi imej negatif terhadap Suriname.

Seperti yang diketahui umum, siri ini menggambarkannya sebagai ‘negara narco’ yang merujuk kepada perkataan nark*tik.

Sekali pandang, siri ini memang berlatarkan negara Suriname.

Diceritakan ada seorang lelaki dari Korea yang akhirnya menyertai BIN dan menjalankan misi rahsia untuk menangkap seorang raja dadah Korea Selatan yang beroperasi di sana.

Sejak awal lagi, telah dinyatakan bahawa cerita itu berdasarkan peristiwa sebenar kira-kira dua dekad yang lalu.

Oleh sebab perakuan ‘berdasarkan peristiwa sebenar’ itulah Suriname berkata siri itu membawa imej negatif negara Amerika Latin.

“Suriname tidak lagi mempunyai imej yang muncul dalam siri itu dan tidak lagi mengambil bahagian dalam amalan seperti ini,” kata Menteri Luar Suriname, Albert Ramdin, dalam satu kenyataan yang disiarkan pada hari Isnin di laman web kerajaan.

Katanya lagi, amalan dalam filem itu menimbulkan persepsi negatif terhadap negara tersebut di mata dunia terutama sekali di media sosial.

“Seluruh dunia telah melihat imej buruk digambarkan siri ini, jadi ia tidak baik,” tambahnya.

Atas sebab itu, Ramdin berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang sebagai satu bentuk proses diplomatik ke Korea Selatan.

Sehingga kini, Korea Selatan masih belum menerima kenyataan rasmi daripada Suriname.

Bukan itu sahaja, kerajaan Suriname juga akan menghantar bantahan rasmi secara diplomatik kepada kerajaan Korea Selatan.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi