Kerajaan UK Desak FA England Kaji Untuk Haramkan Tgender Bermain Bola Sepak Wanita

FA England meminta kerajaan campur tangan untuk menghalang wanita t-gender diharamkan daripada menyertai bola sepak wanita di negara itu. Hal ini kerana ianya telah mewujudkan ketidakadilan dari segi persaingan.

Setiausaha Kebudayaan Britain, Lucy Frazer memberitahu Sky News bahawa mereka sudah meminta FA menilai perkara itu dalam usaha memastikan persaingan adil dan seimbang.

Dalam pada mereka mahu mewujudkan sukan yang inklusif, harus juga mengambil kira isu keadilan dan keselamatan.

Pemain di atas umur 16 tahun yang lahir sebagai lelaki, dan mahu bermain dalam bola sepak wanita harus menunjukkan tahap testosterone dalam darah mereka – ia perlu pada paras wanita sebenar untuk mengelak persaingan tidak adil.

Frazer berkata: “Amat penting untuk wanita bersaing sesama wanita dan berlaku persaingan tidak adil, jika ada peserta yang bukan secara biologinya adalah seorang wanita. Kamu ada kelebihan secara kompetitif ke atas wanita tulen ini.

“Saya rasa sudah semakin banyak sukan yang mengkaji hal ini dengan sangat teliti dan membuat keputusan tentang persaingan di antara wanita yang lahir sebagai wanita dengan mereka yang sebenarnya lelaki tetapi menukar jantina menjadi wanita.

“Saya dah tengok sukan seperti kayak dan juga renang yang mengkaji perkara ini. Dan saya juga menggalakkan persatuan sukan lain untuk mengkaji perkara ini sedalamnya.

FA England ketika ini ada polisi tentang pemain t-gender ini dengan menyatakan bahawa golongan ini tidak boleh dinafikan hak untuk bermain bola sepak.

Frazer telah membincangkan isu ini dengan FA England dan mahu satu usul dibawa dan dibahaskan di parlimen kelak.

Ditanya sama ada Frazer mencadangkan bahawa bola sepak wanita hanya untuk mereka yang lahir sebagai wanita? Dia berkata: “Bukan bola sepak sahaja, saya nak sukan lain juga untuk mengkaji perkara ini sebaik mungkin.”

CEO FA England, Mark Bullingham, sebelum ini menyatakan bahawa mereka masih menanti haris panduan khas daripada FIFA dalam dasar terbaru mereka.

Dia menegaskan bahawa FA England ada mencadangkan beberapa perubahan dalam polisi mereka dan masih menunggu pendirian sebenar FIFA tentang perkara ini. Kerana baginya, tidak guna membuat dasar pada ketika ini jika FIFA atau UEFA masih belum ada peraturan jelas tentang perkara itu.

FA England dimaklumkan oleh FIFA bahawa perkara itu masih dalam proses kajian untuk dasar baharu mereka.

Jurucakap FA England berkata: “Polisi pemain tgender kami yang sedia ada telah digunakan sejak 10 tahun lalu. Dan ianya membantu golongan kecil wanita tukar jantina ini menikmati sukan bola sepak dalam bola sepak wanita.

“Ianya perkara yang kompleks dan melibatkan banyak aspek, dan kami masih mengkaji dan memantau serta menyokong perlaksanaan praktikal dalam polisi kami.

“Kami akan berterusan memberikan tunjuk ajar dan mendengar pandangan pemegang pemegang saham, termasuk berkomunikasi dengan FIFA dan UEFA.”

Beberapa bulan lalu Setiausaha Agung Interim FIFA Mattias Grafstrom menyatakan FIFA mahu mewujudkan persaingan yang sihat dan inklusif dalam bola sepak wanita.

“Ini kekal jadi keutamaan kami,” tegas beliau.

Tahun lalu, Kesatuan Olahraga Dunia memutuskan untuk menegakkan keadilan dari segi kesukanan di atas inklusiviti. Ini dengan melarang wanita yang sebenarnya lahir sebagai lelaki bertanding dalam acara wanita dalam acara ranking dunia.

Beberapa tahun lalu ramai atlet renang di Amerika Syarikat membantah penyertaan tgender dalam acara wanita.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.