Kerana Aguero Miss Penalti Ini, Guardiola Suruh Ederson Ambil Penalti Lepas Ni

Pep Guardiola ternyata kecewa di dalam gembira. Dia gembira kerana menang ke atas Leicester. Namun dia kecewa kerana Man City banyak sangat tak masuk penalti.

Terbaru, Sergio Aguero pula tak masuk penalti, dalam aksi menentang Leicester. Ianya bukan perkara yang boleh diterima oleh Pep.

Ini kerana bukan sekali dua dah bang oi. Berderet.

Penalti Aguero yang tidak padu itu diselamatkan oleh Kasper Schmeichel. Ini bermakna Man City kini sudah gagal menyempurnakan kesemua empat penalti terakhir mereka.

Gabriel Jesus kemudian dimasukkan menggantikan Aguero. Dan pemain kebangsaan Brazil itu berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya.

Jesus berjaya memastikan dirinya onside dan kemudian dengan tenang menewaskan Kaspe Schmeichel.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola kecewa dengan kualiti sepakan penalti daripada para pemainnya.

Lantas Pep Guardiola menyatakan bahawa selepas ini, Ederson akan menjadi pengambil sepakan penalti untuk mereka.

Guardiola berkata: “Ederson harus mengambil penalti selepas ini. Ederson seorang pemain yang sangat tenang. Ya benar, dia seperti tiada darah pada badannya untuk membuatkan dia cuak.”

“Jika saya arahkan dia ambil, saya rasa dia tiada masalah untuk pergi melakukannya dan skor.”

Manchester City bergelut untuk menewaskan Leicester dalam aksi di King Power semalam.

Man City memiliki beberapa peluang keemasan namun gagal menyudahkannya.

Begitu juga dengan Leicester yang mendapat peluang daripada Jamie Vardy, Ricardo dan James Maddison.

Kemenangan City ini memastikan mereka menjarakkan diri 7 mata daripada Leicester. Man City menduduki tangga kedua dan Leicester di tangga ketiga.

Walaubagaimanapun, Manchester City masih ada 19 mata jarak dengan pasukan di tangga teratas Liverpool.

Fokus City selepas ini pastinya perlawanan menentang Real Madrid dalam kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain