Kerana Anggap PSG ‘P0NDAN’ Evra Dituduh Dituduh Anti Pelangi Dan Dihukum

Dalam satu berita yang agak mengejutkan dan dianggap aneh, bekas pertahanan Manchester United, Patrice Evra telah disabitkan kesalahan selepas menyiarkan post yang dianggap anti pelangi di akaun media sosialnya.

(nota editor: Tak boleh tulis H0M**0BI**K nanti FB marah dan anggap artikel ni melanggar standard komuniti kepala bapak dia so aku tulis H####)

Bekas pemain antarabangsa Perancis berusia 41 tahun itu didakwa oleh mahkamah Paris awal hari ini berhubung video yang disiarkannya ke akaun media sosialnya berikutan kemenangan 3-1 Manchester United menentang Paris Saint Germain pada 2019.

Video yang dianggap menunjukkan Evra menghalakan cemuhan yang berbaur h###### ke arah juara Ligue 1, menyifatkan kelab itu sebagai “f****s” dan “p****s”.

Menurut The DailyMail, bekas pemain Perancis itu telah didenda €1,000 untuk penerbitan video itu, manakala dia juga telah diarahkan membayar €2,000 sebagai pampasan kepada dua kumpulan kempen anti-kebencian – Mousse dan Stop H### – kumpulan yang mengklaim diri mereka sebagai bertanggungjawab meningkatkan kesedaran tentang video tersebut menjelang sambungan semula aksi UCL tidak lama lagi.

Kata-kata yang dianggap berbaur cacian menyinggung perasaan itu termuat dalam video selama 39 saat itu – yang disiarkan ke akaun Snapchat Evra – menunjukkan Evra yang bersemangat itu melemparkan kata-kata kasar yang ditujukan kepada PSG, menunjukkan bahawa bekas kelabnya lebih macho daripada lawan mereka yang dia gelar seperti p o n dan.

“Draman, ini Manchester Draman. Jangan sangkut lagi dan menyokong pasukan yang tidak akan menang.”

“Sepupu saya di sini pun marah. Dia tahu, Paris awak sial! Awak sial!”

“Katakan! Ini dia lelaki tulen yang bercakap di sini! Kami menghancurkan pasukan D, pasukan D dan kami telah membunuh kamu.”

“Team tu turunkan budak budak je bermain, mereka dulu pernah membersihkan kasut saya.”

“Mereka masih belum jadi sperma pun dan anda kamu di sana Paris…membentangkan mereka permaidani merah.”

“Sekumpulan bapokk! Sekumpulan bapokk!”

Kes itu dibawa ke mahkamah selepas diklasifikasikan sebagai ‘penghinaan bukan awam’ dan mereka kini telah menjatuhkan hukuman terhadap Evra atas tindakannya itu.

Ia telah diputuskan oleh hakim bahawa bekas pemain berusia 41 tahun itu telah ‘menyatakan dirinya dalam suasana peribadi untuk pembikinan video yang kemudiannya disiarkan semula oleh seseorang yang lain di Snapchat tanpa pengetahuannya.’

Kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam pengadu berbunyi seperti berikut:

“Kenyataan h### personaliti seperti Patrice Evra menyemarakkan kebencian dan keganasan terhadap golongan pelangi, khususnya di negara-negara di mana kaum sejenis ditindas secara jenayah, seperti di Senegal, negara tempat Patrice Evra berasal.”

Evra – yang sebelum ini mengisytiharkan bahawa terdapat “sekurang-kurangnya dua pemain kunyit di setiap kelab bola sepak” – tidak hadir pada perbicaraan itu.