Kerana Bertukar Jadi Wanita Hot Dengan FaceApp, Lelaki Ini Diganggu Jantan Miang

Seorang pengguna Twitter bernama Hyekal nekad untuk tidak lagi memuat naik gambar face app yang mengubahnya menjadi wanita di media sosial.

Ini kerana, dia diganggu oleh jantan miang yang ingat dia adalah perempuan.

Pada ketika ini, ramai netizen yang menggunakan Face App untuk menukar diri mereka sebagai individu jantina bertentangan.

Niatnya memang untuk bersuka suka dengan teknologi tersebut. Dan memang seronok la melihat kawan kawan kita bermain dengan app tersebut.

Cara menggunakan app ini sangat mudah. Cuma perlu selfie atau pilih gambar di galeri korang dan kemudian app itu akan menjana imej baharu.

Ada juga yang mahu melihat beberapa figura popular jika menjadi orang bertentangan jantina.

 

 

Hyekal diburu

Namun perkara itu telah berubah menjadi mimpi ngeri buat Hyekal. Ini kerana dia telah dihubungi oleh jantan miang yang sama jantan macamnya juga.

Lelaki itu siap bertanya kot kot Hyekal ada membuat perkhidmatan happy ending menerusi telefon.

Dan dia terus menunggu balasan daripada Hyekal. Dan dia yang kegersangan dengan Hyekal telah berjanji untuk membayarnya.

Lantas Hyekal menyatakan dia dan takut dan nak menyunting muka dengan Face App lagi selepas ini.

Hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang merasakannya kelakar. Ada juga merasakannya sesuatu yang bukan kelakar.

Seorang wanita menyatakan, itulah masalah setiap hari yang dihadapi oleh wanita di media sosial. Di mana seringkali lelaki miang datang mengganggu mereka dengan mesej yang melampau.

Korang ada pengalaman tak kena macam si Hyekal ni?

Sebelum ini netizen juga saja saja nak melihat gambar Sajad versi lelaki sebenar.

Ramai yang kagum dengan kehenseman Sajad yang dikatakan persis pelakon Thailand.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari