Kerana Bil Gaji Kelab Terlampau Tinggi, PSG Tamatkan Kontrak Herrera Elak Akaun FFP ‘Sakit’

Laporan baru baru ini menyebut bahawa, PSG berdepan masalah dengan akaun FFP mereka. Ini selepas mereka gagal menjual Neymar pada jendela perpindahan musim panas ini.

PSG terperangkap dalam situasi Neymar. Mereka awalnya nak menjual pemain itu dan mendapat lampu hijau daripada Christophe Galtier.

Neymar pula menyatakan dia mahu kekal di PSG. Dan hanya akan berpindah ke kelab yang mampu membayarnya gaji yang sama dia terima di PSG,

Tiada kelab mampu membeli Neymar dan tak sanggup membayar gajinya.

PSG yang kebuntuan memujuk Neymar untuk menerima pemotongan gaji jika dia berpindah ke kelab lain. Malangnya pemain itu berkeras mahu kekal. Mbappe antara individu yang sudah bersetuju bahawa Neymar dijual.

PSG akhirnya memutuskan untuk mengekalkan Neymar. Dan pada masa yang sama sudah melanjutkan kontrak besar Kylian Mbappe.

PSG membayar Mbappe gaji €50 juta semusim dengan kontrak selama 2 tahun. Selain itu PSG berjanji akan membenarkan pemain berusia 23 tahun itu beraksi dalam Sukan Olimpik Paris pada 2024.

Ini bermakna Mbappe akan menerima sekitar €950k sehingga €1 juta seminggu di PSG. Jika dia kekal selama 2 tahun, dia akan menerima bonus kesetiaan bernilai €100 juta lagi.

Kesannya, PSG menanggung gaji terlalu tinggi untuk 3 pemain mereka iaitu Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar. Dengan Liga Perancis yang bukan semewah EPL mahupun La Liga, PSG bergelut dengan akaun FFP mereka.

PSG telah menjual dan melepaskan beberapa pemain yang tamat kontrak. Antaranya Paredes dan Di Maria. Selain itu mereka juga terpaksa melepaskan Kehrer ke West Ham United.

PSG berusaha untuk menjual pemain seperti Mauro Icardi, namun masih gagal melakukannya. Dan akhirnya mereka berdepan masalah akaun FFP. Neymar, Messi, dan terutama sekali Mbappe adalah punca utama masalah itu.

Mbappe diberikan pakej gaji yang sangat tinggi serta bonus tandatangan bernilai EUR100 juta.

Semalam, PSG dilaporkan telah menamatkan kontrak Ander Herrera lebih awal. Kontra beliau masih berbaki 2 musim lagi.

Herrera menyertai PSG daripada Man United pada 2019. Dia menjadi antara pemain kesayangan peminat Manchester United kerana komitmennya yang tinggi setiap kali di atas padang.

Herrera menolak tawaran lanjutan 2 musim oleh Man United ketika itu kerana kecewa dengan sikap Man United yang sambil lewa.

Dan kehadirannya di PSG tidak begitu memberikan impak seperti diharapkan.

Masa depan Herrera di PSG mulai menjadi persoalan. Ianya selepas dia digugurkan daripada jelajah pra musim ke Jepun.

PSG dan Herrera mencapai kata sepakat setelah pemain itu menyatakan dia berminat untuk kembali semula ke Athletic Bilbao.

Ianya adalah situasi menang menang. PSG tidak akan meminta sebarang bayaran, manakala Herrera turut tak akan mendapat pampasan tetapi dia dibenarkan pergi sebagai ejen bebas.

PSG terpaksa melepakan Herrera kerana mereka mahu memastikan akaun FFP mereka tidak sakit.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil