Kerana Enggan Dipotong Gaji, Alex Song, Djourou & 7 Pemain Lagi Ditamatkan Kontrak

Bekas pemain Arsenal, Alex Song dan Johan Djourou adalah antara dua pemain daripada sembilan orang pemain lain yang telah meninggalkan FC Sion selepas enggan dipotong gaji semasa wabak koronavirus.

Kelab-kelab bola sepak di seluruh Eropah menghadapi kesulitan kewangan dengan semua sukan dalam keadaansangat sukar pada ketika ini akibat wabak COVID-19.

Hampir semua liga di Eropah ditangguhkan seketika pada ketika ini. Itali antara negara yang terjejas teruk kerana wabak koronavirus. Di mana angka kematian di negara itu sudah melepasi paras 5,000 orang.

FC Sion, sama seperti pasukan yang lain di Eropha. Merekaantara kelab yang terkesan dengan impak daripada koronavirus ini, dan mahu memotong gaji para pemainnya.

Ini untuk memastikan kewangan kelab mereka stabil ketika rehat daripada bola sepak. Dan berjanji akan kembali membayar pemain mereka dengan gaji seperti yang mereka janjikan dalam kontrak apabila liga bersambung kembali.

Tetapi usaha itu tidak dipersetujui ramai pemain terutama sekali 2 bekas pemai Arsenal iaitu, Alex Song dan Johan Djourou.

Alex Song menghabiskan masa selama enam tahun di Arsenal sebelum berhijra ke Barcelona, ​​dan kemudian kembali ke Liga Perdana menyertai West Ham.

Sejak meninggalkan Arsenal Alex Song gagal untuk mencapai prestasi kemuncak beliau di atas padang.

Pemain antarabangsa Switzerland, Johan Djourou pula meninggalkan Arsenal untuk menyertai Hamburg.

Namun Djorou bukanlah seperti Song ketika di Arsenal. Di mana Alex Song meninggalkan Arsenal ketika beliau dalam prestasi terbaiknya.

Pasti korang masih ingat bagaiman Alex Song menjadi pembekal ciptaan peluang penting pada musim terakhir beliau di Arsenal.

Sion ambil tindakan ke atas pemain enggan dipotong gaji

Bagaimanapun, menurut sumber berita Switzerland, beberapa orang pemain FC Sion ditamatkan kontrak oleh kelab selepas enggan bersetuju dengan syarat-syarat baru pemotongan gaji itu.

Walaupun kelab itu tidak mengesahkan pemecatan para pemain itu, laporan tersebut mendakwa sembilan pemain telah meninggalkan kelab itu, termasuk bekas pemain Arsenal Song dan Djourou serta kapten kelabnya, Xavier Kouassi.

Bekas penyerang pasukan Fulham, Pajtim Kasami juga telah disahkan angkat kaki meninggalkan kelab tersebut.

Pemain lain, seperti bekas pemain Newcastle Seydou Doumbia, dengan Ermir Lenjani, Mickael Facchinetti, Christian Zock dan Birama Ndoye juga kini dilaporkan menjadi ejen bebas – tanpa kelab.

Liga Super Swiss telah dihentikan pada 1 Mac dengan 13 lagi baki perlawanan untuk dimainkan. Switzerland mengenakan larangan perhimpunan lebih daripada 1,000 orang.

Dan acara acara sukan di negara tersebut diarahkan untuk dihentikan seketika bagi mengelakkan adanya perhimpunan.

Pada ketika liga dihentikan seketika, FC Sion berada di tangga kelapan dalam carta liga dan hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

Baca yang lain