Kerana Youtube Famous MKBHD, Pereka Ikon iOS14 Ini Menjana RM318K Dalam Seminggu Untuk Kerja 2 Jam

Bulan lalu, pelancaran iOS14 telah menjadi lubuk duit kepada seorang pereka aplikasi.

Ini apabila dia berjaya meraih £77,000 ataupun sekitar RM318k hasil penjualan templat logo kepada pengguna iPhone.

Pereka dari San-Francisco dikenali sebagai Traf, menjual template logonya yang minimalis. Dan ia mulai menarik perhatian pengguna iOS14.

Hasil kerjayanya dikongsi ramai pengguna iOS14 di Twitter.

iOS14 memberikan kebebasan kepada pengguna iPhone untuk mengubah sepenuhnya skrin home mereka — buat pertama kali.

Ini yang membuatkan ramai pengguna iPhone mencuba dan mencari ikon yang terbaik untuk mereka. Ramai yang berkongsi di media sosial.

Traf ternyata mendapat manfaat daripada hype itu. Dan dia menjual ikonnya dengan harga $28 (sekitar RM115).

Menariknya, Traf menyatakan dia hanya mengambil masa dua jam sahaja menghasilkan template ikon itu. Dan dia terkejut dengan apa yang berlaku pada hari berikutnya.

“Saya nampak ianya cool, lalu saya share tangkap layarnya di twitter,” tegas seorang warganet yang berpuas hati dengan apa uang dia beli.

Traf menjana sekitar $6,000 pada hari pertama ikon itu dilancarkan.

Impak daripada MKBHD

Keadaan menjadi semakin luar biasa apabila superstar YotuTube Marques Brownlees / MKBHD mempromosi hasil karyanya di channel beliau yang ada 12 juta orang subscribers.

Dalam catatan blognya, Traf menjelaskan bagaimana video itu – yang mempunyai lebih daripada 5 juta tontonan, membantu me’roket’kan penjualan produknya.

“Perkara seterusnya yang saya tahu, saya menghasilkan $28 seperti apa setiap 28 saat. Telefon saya bertukar menjadi dispenser dopamin utama (dan ianya kurang bersedia nampaknya). Saya terpaksa mematikan notifikasi pemberitahuan.”

Sejak pelancaran, templat lain telah dijual di laman web seperti Etsy, tetapi tidak ada yang dapat ataupun dekat dengan pencapaian Traf.

Pada hujung minggu, dua versi baru rekaannya dilancarkan, serta edisi MKBHD khas. Pendapatan beliau melonjak lebih USD100k pada Oktober lalu.

Dia juga memposting kemas kini angka penjualan dan enggangement secara berkala di Twitter, dalam usaha untuk menginspirasi rakan-rakan pereka teknologi yang lain untuk terus maju dengan idea mereka sendiri.

Ini bukan kali pertama Traf menjual reka bentuk logo aplikasinya. Pada tahun 2013, dia menjana $17 / RM70.35 dengan menjual templat yang berbeza – tetapi di sebalik kejayaannya yang baru, dia menekankan bahawa, baginya, ini bukan mengenai wang.

“Sekiranya saya melakukan ini sepenuhnya untuk tujuan menjana wang, saya yakin ia tidak akan berjaya seperti yang dilakukannya.”

“Teruskan melakukan apa yang anda sukai, kongsi ia dengan dunia, dan biarkan internet menguruskan selebihnya.”

SUMBER: UNILAD