Kerana Gagal 3 Penalti Palermo ‘Dihukum’ 10 Tahun, Hanya Maradona Mampu Membuka Sumpahan Itu

Bagi penyokong Boca Juniors beliau digelar sebagai penjaring paling hebat dalam sejarah kelab itu.

Sementara itu sebahagian peminat bola sepak Argentina menggelarnya sebagai keldai.

Ia berikutan kegagalan Martin Palermo menyempurnakan 3 sepakan penalti yang diperolehi oleh pasukan Argentina ketika perlawanan ke-2 peringkat kumpulan Piala Copa Amerika 1999.

Argentina tewas 0-3 pada perlawanan tersebut tetapi mara ke pusingan ke-2 selepas menang pada perlawanan terakhir.

Palermo menyumbang 3 gol dalam 3 aksi peringkat kumpulan.

Palermo menerima hukuman berat akibat kegagalan tersebut, beliau tidak lagi dipanggil oleh Argentina selama 10 tahun.

Diego Maradona menjadi pertama memanggilnya semula ketika beliau mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi Piala Dunia 2010.

Ketika itulah terdapat segelintir peminat menggelarnya sebagai donkey walaupun sudah disisihkan selama 10 tahun.

Semasa Palermo disisihkan dia mencatat beberapa catatan hebat. Dia muncul menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Boca Junior dengan 236 gol dari 404 penampilan.

Setahun selepas ‘tragedi ngeri’ di Copa Amerika 1999, Palermo merekod jaringan ke-100 peribadi di Liga Premiera dan membantu Boca Junior menjuarai Copa Liberdatores yang pertama sejak 1972.

Setahun sebelum Copa America 1999 berlangsung dia sebenarnya sudah menjadi fenomena…

BAGAIMANA PALERMO BERMULA

Pemain yang dilahirkan di La Plata ini mula menyertai kelab di bandar tersebut sebagai pemain remaja.

Palermo membuat debut perlawanan profesional bersama Estudiantes La Plata ketika berusia 18 tahun. Menjaringkan 34 gol dalam 90 penampilan.

6 tahun selepas itu Palermo menyertai kelab gergasi Argentina, Boca Junior pada usia 24 tahun. Populariti Palermo meningkat dengan drastik.

Palermo hanya memerlukan 2 musim disana untuk membuktikan dirinya sebagai penyerang paling prolifik di Argentina. Merekod 20 jaringan dari 19 perlawanan Liga Apertura.

Palermo pemain pertama yang mencatat nisbah jaringan 1:1 selepas Hector Scotta melakukannya pada tahun 1975.

Musim itu juga Palermo dipilih menjadi pemain terbaik Amerika Selatan.

PALERMO JATUH, MARADONA MEMBERI PELUANG DI HUJUNG KARIERNYA

Sebagaimana pantasnya pemain ini terkenal, karier beliau juga jatuh agak pantas.

Kegagalan menyempurnakan 3 sepakan penalti dalam 1 perlawanan menyebabkan dia tidak dipanggil lagi menyarung jersi Argentina selama 10 tahun.

Maradona memberi sedikit penghargaan kepada Palermo apabila memanggil semula menyertai skuad Argentina ketika beliau sudah berusia 36 tahun.

Palermo dijadikan sebagai pemain sokongan jika penyerang utama mengalami kecederaan.

Sebulan sebelum Piala Dunia 2010 bermula Palermo merupakan penjaring ke-4 terbanyak di Argentina Primera Division. Menyertai Jose Sanfilleppo dengan 227 gol.

Sebulan selepas Piala Dunia pula, Palermo mencatat satu lagi rekod, menjadi penjaring sepanjang masa untuk Boca Junior melalui 222 jaringannya.

Hanya kerana kegagalan menyempurnakan 3 sepakan penalti menyebabkan Palermo ‘dihukum’ 10 tahun oleh negaranya. Ia tercatat dalam guiness book of record.

Walau bagaimanupun Palermo tetap digambarkan sebagai penjaring semula jadi, mempunyai fizikal yang kuat, dan mempunyai tandukan sempurna dalam sejarah pemain Argentina.

Dia tidak memiliki kepantasan, tidak mempunyai teknikal yang hebat dan sudah tersisih agak lama.

Ia tidak menjadi isu kepada Maradona memberi peluang terakhir kepada pemain itu.

Kekuatan dan kelemahan Palermo sama seperti Alan Shearer dan tidak menjadi masalah besar kepada England.

PALERMO SEPERTI DIMAAFKAN OLEH ARGENTINA MELALUI MARADONA

Selama 19 tahun karier Palermo, beliau hanya meraih 15 penampilan bersama Argentina dan mencetak 9 jaringan.

Hanya 3 tahun namanya terlibat dengan skuad itu iaitu pada 1999, 2009 dan 2010.

1999 menjadi titik mula dan terus menjadi titik gelap kariernya diperingkat antarabangsa.

Cuma sedikit penghargaan Maradona kepadanya membolehkan dia menamatkan karier dengan baik dengan menyarung jersi biru muda itu.

Baca yang lain