Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata perkara itu berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.
FAM turut mengumumkan harga tiket perlawanan itu kekal seperti aksi peringkat kumpulan iaitu RM30 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) bagi tempat duduk terbuka, manakala RM50 bagi tempat duduk premium dan RM60 bagi tempat duduk grandstand.
“Situasi ini tidak dapat dielakkan. FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik memastikan aksi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF ini dilangsungkan di Stadium Nasional berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.
🇲🇾 Football Association of Malaysia (FAM) only sold 59,000 tickets for the Mitsubishi Electric AFF Cup 2022 Semi-Final's match against Thailand 🇹🇭 on 7/1.
21,000 seats at Bukit Jalil Stadium must be 'empty' because they are obstructed by the structure of Jay Chou's stage.#AFF pic.twitter.com/jTZXvrl3M9
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 4, 2023
“Harga tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka ini sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lawan Thailand pada edisi 2018 dan adalah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Malaysia lawan Vietnam pada 2014,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Konsert Jay Chou, artis terkemuka dari Taiwan, akan berlangsung pada 15 Jan di Stadium Nasional.
Noor Azman berkata tiket bagi perlawanan itu hanya akan dijual secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my bermula 3 petang Rabu.
Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik menentang di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.
Sementara itu, FAM turut menasihatkan penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di www.tickethotline.com.my, berikutan terdapat penjualan tiket palsu bagi perlawanan menentang Singapura, malam tadi.
“FAM berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama ini dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku,” tegasnya.
#PialaAFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30https://t.co/3bg34fhSpg pic.twitter.com/okUMBKJ31z
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 4, 2023
Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 semalam. Vietnam muncul juara kumpulan dengan 10 mata, manakala Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.
Sekiranya berjaya menundukkan pasukan paling cemerlang, Thailand, yang mempunyai enam gelaran, Harimau Malaya akan bertemu pemenang antara Vietnam dengan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.
Tengok apa 65k crowd buat kepada pasukan lawan. & skarang instead of 80k crowd, korg nak kurangkan kpd 55k sbb lebih pentingkan Jay Chou (siapa dia ni?) dari tugasan negara???
Seriousla @hannahyeoh @AdamAdli @KBSMalaysia @MSNMALAYSIA @StadiumMalaysia @twt_bukitjalil??? https://t.co/A47CFPrLMY pic.twitter.com/vr1gkpAZK2— Piang Shankly (@PiangShankly) January 4, 2023
– Bernama