Kerana Konsert Maroon 5 Dan Blackpink, Stadium Rajamangala Tidak Dapat Anjur Piala AFF

Peminat Malaysia merungut tentang bagaimana konsert Jay Chou membuatkan 21,000 tiket tidak boleh dibeli.

FAM baru mengumumkan bahawa kesemua 59,000 tiket yang tersedia untuk aksi semifinal 1, Malaysia lawan Thailand telah habis dijual.

Ianya jauh kurang daripada kapasiti stadium yang mampu menampung lebih 84,000 penyokong itu.

Kumpulan Ultras Malaya telah tampil membidas pengurusan yang terlibat kerana menutup peluang kepada puluhan lagi ribu peminat yang mahu memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.

Sebuah akaun peminat bola sepak Thailand, All Things Thai Football telah menyatakan bahawa mereka faham bagaimana perasaan peminat di Malaysia.

Akaun tersebut menyatakan di Thailand, stadium Rajamangala yang merupakan stadium kebangsaan mereka juga tidak dapat digunakan untuk Piala AFF 2022 kerana rumputnya rosak teruk.

Ini kerana konsert Maroon 5 pada bulan lepas. Dan kini dalam rangka persiapan untuk konsert Blackpink pada hujung minggu ini.

“Kami faham perasaan kamu sahabatku.”

“Stadium Rajamangala tidak dapat digunakan kerana rumputnya rosak akibat konsert Maroon 5 bulan lepas. Dan akan ada konsert KPOP pula lagi pada Sabtu ini.”

“Stadium nasional ini akan digunakan untuk konsert Blackpink pada hujung minggu ini.”

Menurut akaun yang sama, dia bukan  menentang konsert tersebut. Namun di negaranya ada banyak lagi stadium yang boleh digunakan untuk menganjurkan konsert.

 

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun