TERKINI: Kerana Koronavirus, Ighalo Terpaksa Terus Kekal Di Manchester Dan Tak Sertai Latihan Di Sepanyol

Striker yang baru dibawa masuk secar pinjaman oleh Manchester United, Odion Ighalo terpaksa tinggal di England sahaja kerana kerisauan ke atas koronavirus yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Beliau sah tidak akan bertolak ke Sepanyol menyertai latihan pusat United di sana sempena cuti rehat musim sejuk, seperti mana rakannya yang lain.

Pihak kelab terpaksa akur dengan regulasi tersebut. Ini kerana Odion Ighalo sebelum ini terbang dari China ke Manchester untuk menyertai Man United dari Shanghai Senhua.

Ketika ini, Ighalo dipantau rapi selepas meninggalkan China. Prosedur di England menetapkan semua individu yang masuk ke negaranya dari China perlu dipantau selama 14 gari.

China telah menjadi pusat dan penyebar utama koronavirus yang menjadi kerisauan di seluruh dunia ketika ini.

Oleh kerana rekod perjalanannya, maka Odion Ighalo dilarang untuk keluar dari England buat sementara waktu.

Hal itu disahkan sendiri oleh Ole Gunnar Solskjaer. Di mana pengendali United itu berkata: “Odion akan terus kekal di Manchester karena beliau baru sahaja tiba dari China dalam tempoh waktu kurang 14 hari.”

“Oleh kerana situasi di China, kami tak yakin adakah beliau akan diizinkan untuk kembali semula ke England selepas ini, jika beliau datang ke sini [Sepanyol].”

https://twitter.com/essenceloaded/status/1226128035839082496

Man United kini dalam proses untuk berehat dan kemudian kembali ke latihan bagi menggariskan beberapa isu yang mereka mahu perbaiki.

United telah memutuskan untuk berlatih di Sepanyol, bagi membolehkan pemain berlatih sambil bercuti.

Ianya biasa dilakukan oleh United. Mereka sebelum ini pernah terbang ke Qatar untuk rehat pertengahan musim.

Ighalo setuju dengan kontrak jangka pendek di Man United. Ini selepas mereka gagal mendapatkan penyerang seperti Erling Haaland. Dan lebih pedih, apabila Marcus Rashford turut mengalami kecederaan.

Perpindahan ke United oleh striker berusia 30 tahun itu mengejutkan ramai pihak. Ini kerana beliau sebelum ini tak pernah beraksi dengan pasukan yang besar.

Ighalo menganggap perpindahan itu sebagai impian menjadi nyata. Beliau merupakan peminat Man United sejak dahulu lagi.

Ighalo juga bersetuju dengan pemotongan gaji sehingga £30,000 untuk bermain di United. Bermakna beliau hanya menerima gaji sekitar £100,000 di Old Trafford.

Beliau kini kini menjalani latihan secara bersendiri di Manchester. Namun Ighalo benar-benar mengambil serius hal latihan tersebut.

Beliau sebelum ini pernah bermain dan merasai suasana EPL – dengan bermain untuk Watford. Beliau kemudian menerima tawaran lumayan di China dan pergi ke sana.

Ighalo berpotensi melakukan debut untuk Man United menentang Chelsea selepas ini.

Namun begitu, Ole percaya Ighalo akan menjadi nadi penting dalam usaha United mengejar slot empat teratas – syarat untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.