Di Scotland, seorang penyokong Yeovil Town digantung 2 tahun oleh kelab tersebut gara gara mengkritik pemilik kelab di media sosial, menggunakan platform X.
Penyokong malang tersebut, Jonathan Hooper telah menerima surat penggantungannya. Dan dia akui terkejut kerana tindakannya mengecam pemilik kelab di X telah membuatkan dia kini diharamkan selama 2 tahun daripada berada di perkarangan stadium dan perlawanan rasmi kelab.
Kelab dalam surat rasmi tersebut berkata: “Yang Dihormati Encik Hooper. Berikutan semakan menyeluruh kelakuan anda baru-baru ini di platform media sosial X, kami menulis untuk memaklumkan kepada anda bahawa, sebagai kesan akibat daripada komen dan kenyataan negatif anda terhadap Kelab Bola Sepak dan pengerusi kelab telah membuat keputusan untuk menggantung anda.
“Perintah ini melarang anda daripada menghadiri sebarang perlawanan, acara, atau memasuki premis yang berkaitan dengan Kelab, berkuat kuasa serta-merta.
“Komen anda telah menyebabkan gangguan yang ketara dan mewujudkan persekitaran yang tidak kondusif kepada nilai dan reputasi Kelab. Oleh itu, anda dengan ini dilarang memasuki stadium Kelab, kemudahan latihan, dan mana-mana hartanah lain yang dikaitkan dengan Kelab Bola Sepak Yeovil Town.
“Larangan ini akan kekal untuk tempoh 2 tahun dari tarikh surat ini. Kami meminta anda mempertimbangkan perkara ini dengan serius. Kami percaya anda memahami keterukan isu ini dan keperluan untuk mengekalkan persekitaran yang menghormati di Kelab Bola Sepak Yeovil Town.”