Kerana Kuarantin, River Plate Tak Cukup Pemain, Enzo Perez Jadi Keeper Dan Menang MOTM

Pemain tengah River Plate, Enzo Perez terpaksa menggalas tugas sebagai penjaga gol dengan beraksi selama 90 minit telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan (Man of the match. MOTM).

Ini merupakan satu kisah menarik dan pelik dalam sejarah bola sepak dunia di kejohanan Copa Libertadores lantaran situasi yang mendesak menyebabkan perkara ini terjadi.

Wakil Argentina, River Plate bertemu pasukan dari Colombia, Independiente Santa Fe dalam perlawanan Copa Libertadores dan River Plate berdepan jangkitan wabak yang melanda kita.

Seramai 20 pemain River Playe telah disahkan postitif dengan jangkitan wabak ditambah pula dengan senarai pemain yang mengalami kecederaan.

Selepas kira-kira campur, tolak, darab, bahagi serta pengkamiran dilakukan maka jumlah pemain yang tinggal untuk aksi di Buenos Aires adalah hanya 11 orang.

Jumlah pemain secukup rasa, ini bermakna tiada pemain gantian yang akan duduk di bangku simpanan River Plate ketika menentang Independiente Santa Fe.

Lebih malang daripada 20 pemain yang positif termasuklah empat penjaga gol River Plate, dan situasi ini sangat memeningkan kepala.

Tambahan pula, South American Football Confederation (CONMEBOL) pula telah menolak permintaan River Plate untuk mendaftarkan penjaga gol kelima dan keenam untuk perlawanan ini.

Sudah la pemain cukup-cukup je 11 orang, takda penjaga gol pula. Tiada pilihan lain buat River Plate melainkan meletakkan outfield player sebagai penjaga gol.

Entah bagaimana perkiraan dibuat maka pemain tengah, Enzo Perez diletakkan sebagai penjaga gol walaupun masih bergelut dengan kecederaan hamstring.

Dalam 11 pemain yang tersisa itu mungkin Enzo Perez sahaja yang mempunyai kemampuan paling tinggi untuk menjadi penjaga gol.

Entah berapa kali malang la River Plate ini.

Perlawanan ini diatas kertas tampak akan menjadi perlawanan yang mudah bagi Independiente Santa Fe untuk mencatatkan kemenangan dalam saingan kumpulan D Copa Libertadores.

Namun sebaliknya terjadi apabila River Plate mendahului dua gol hanya selepas enam minit perlawanan bermula. Dua gol pantas terhasil dalam tempoh tiga minit.

Fabricio Angileri telah membuka tirai jaringan gol pada minit ketiga sebelum Julian Alvarez menggandakan kedudukan pada minit keenam.

Kelvin Osorio menjaringkan gol saguhati pada minti ke-73 selepas berusaha keras untuk menewaskan Enzo Perez.

Dalam perlawanan ini, Independiente Santa Fe telah melakukan 22 percubaan dengan 5 sahaja percubaan dan Enzo Perez pula telah melakukan 4 aksi menyelamat.

Persembahan cemerlang dari Enzo Perez yang bukan penjaga gol original dan hanya bolos sekali dalam 22 percubaan, maka tidak hairanlah kenapa beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Aksi Enzo Perez boleh kau saksikan dalam video di bawah tampak sangat tidak meyakinkan dengan deretan tangkapan tidak kemas yang jelas menunjukkan itu bukan aksi seorang penjaga gol sejati.

Enzo Perez juga agak bergelut untuk membaca bola dengan tepat dari rembatan jauh dan apabila hantaran lintang dilakukan lawan, ajaibnya hanya satu gol sahaja yang bolos.

Mungkin pemain Independiente Santa Fe buta kayu dan kerana itulah mereka berada ditangga tercorot dan River Plate menjadi pendahulu kumpulan D.

Selepas perlawanan Enzo Perez telah memuji semangat yang menakjubkan yang dipamerkan oleh rakan sepasukan beliau:

“Membicarakan bagaimana permainan ini berlangsung sangat tidak masuk akal, selepas hari-hari yang dilalui, sayangnya, kami menderita kerana wabak.” katanya.

“Aku bertekad dalam hati, kelelakian dan keperibadian. Bukan hanya untuk pemain muda yang bermain hari ini, tetapi juga dari apa yang kami tunjukkan pada hari Ahad di stadium Boca.

“Di sana, beberapa pemain muda melakukan debut, yang membantu kami bermain dengan bagus. Kami tunjukkan lagi dengan sekumpulan dan orang yang ada.”

“Penjaga gawang pasukan mengirimi pesanan kepada aku, aku mengajukan beberapa pertanyaan. Pelatih penjaga gawang juga memberi aku nasihat, kemarin kami berlatih.”

“Dia mengatakan kepada aku untuk selalu fokus pada kotak penalti dan ketika bola ke sisi, selalu berjalan menyerong.

“Aku cuba memberi tumpuan untuk membantu pasukan, tetapi pasti akan ada banyak orang berbicara tentang perlawanan ini.”