Kerana Mazraoui, Semua Pemain United Tak Nak Pakai Jaket Adidas Pelangi

Manchester United dilaporkan tak jadi pakai jaket Adidas dengan corak pelangi sebagai sokongan kepada golongan tersebut.

Ini selepas pemain beragama Islam mereka, Noussair Mazraoui enggan untuk memakai jaket tersebut kerana bertentangan dengan ajaran agamanya.

Pemain pemain lain kemudian memutuskan untuk menyokong Mazraoui dan kesemua mereka tidak memakai jaket khas tersebut.

Pemain pemain United masuk ke padang dengan terus memakai jersi perlawanan tanpa mengenakan sebarang jaket.

Ini satu lagi tamparan buat EPL yang sebelum ini dikatakan mahu mengambil tindakan ke atas Sam Morsy dan juga Mark Guehi kerana melanggar SOP kempen pelangi di EPL.

Ini kerana Man United adalah gergasi Liga Inggeris dan sangat berpengaruh.

EPL sudah berkali kali mengancam mengambil tindakan kepada mana mana kelab dan pemain yang ingkar dengan SOP kempen itu.

Ini termasuk ke atas Morsy dan Guehi. Sam Morsy yang beragama Islam, dan Guehi telah menggunakan cara mereka tersendiri tidak bersetuju dengan kempen itu.

Morsy enggan memakai lilitan kapten pelangi. Manakala Guehi meletakkan perkataan ‘I love Jesus’ di atas armband tersebut.

Tidak takut dengan gertakan EPL yang mahu mengambil tindakan ke atasnya, Guehi sekali lagi melakukannya pada aksi menentang Ipswich semalam.

Dia menunjukkan rasa cinta kepada agamanya berbanding kempen yang dianggap bertentangan ajaran dan falsafahnya.

Seorang peminat di X meminta EPL agar tidak lagi terlibat kempen ini.

“Sokongan atau kepercayaan kepada sesuatu perkara itu harus dengan kerelaan, bukan paksaan,” tegas seorang peminat.

Sementara seorang peminat yang lain berkata: “Semua agama melarang benda pelangi ini. Cuba semua pemain yang ada agama memboikot kempen ini, tengok apa jadi.”

Kempen pelangi ini dianggap wajib oleh EPL dan lebih menarik lagi apabila di peringkat kejohanan FIFA pun ada.