Kerana Nak Dodoikan Cinggey, Odoi Langgar Lockdown Dan Ditahan Polis

Pemain muda Chelsea dan England, Callum Hudson-Odoi dilaporkan ditangkap semalam kerana melanggar peraturan lockdown.

Pada malam Ahad, pemain berusia 19 tahun itu diberikan amaran oleh pihak polis selepas dia bergaduh dengan seorang model glamor pada jam 4 pagi.

Model itu ditemuinya di atas talian. Hudson-Odoi adalah pemain bola sepak Liga Perdana pertama yang secara terbuka menyatakan bahawa dia dijangkiti pandemik C0V19.

Namun sekarang dia pula yang melanggar perintah kawalan pergerakan di England.

Pemain sayap itu dikatakan meminta model tersebut untuk mengunjungi di penthouse yang terletak London barat dengan memakai pakaian khas.

Model dan pemain itu telah bertukar tukar mesej dan berjanji akan bertemu.

Wanita itu nampaknya mengirim sejumlah gambar dirinya yang tidak senonoh kepada bintang Liga Perdana Iggeris itu.

Odoi yang mahu mendodoi model itu telah menghantar kereta mewah untuk mengutip model itu bagi meneruskan tujuan mereka mahu bersuka ria sahaja ataupun saja nak fun fun katanya.

Namun, kejadian pada malam itu nampaknya tidak seindah disangka. Keadaan semakin memuncak apabila model itu telah memanggil ambulans dan polis.

Salah seorang jiran Hudson-Odoi berkata: “Dia kelihatan sangat glamor, seperti gadis yang anda lihat di Love Island.”

“Dia mempunyai barang-barang mahal bang oi, dia pegang beg Louis Vuitton yang sangat mewah dengannya.”

“Tapi kan, tempat itu telah dikepung polis. Kawasan spa di atas bumbung telah di-tape. Tetapi saya tidak tahu apakah itu ada kaitan dengan kejadian yang sama,” tegas jirannya.

Seorang lagi jirannya yang lain menyatakan: “Terdapat beberapa gathering kat situ, tetapi kami tidak tahu siapa yang bertanggungjawab.”

“Terdapat beberapa pemain bola sepak di dalam bangunan ini – tetapi pada awal malam tadi semuanya dihalau dan polis dipanggil.”

Model itu dibawa ke hospital setelah mengadu tidak sihat. Amboi, apa kau buat ni Odoi. Adoii!!

Polis Metropolitan memberikan komen mengenai kejadian itu: “Polis dan Perkhidmatan Ambulans London dipanggil pada jam 03: 53 jam pada hari Ahad 17 Mei untuk melaporkan seorang wanita yang tidak sihat.”

Mereka mengesahkan bahawa seorang wanita telah dibawa ke hospital dan seorang lelaki yang ditangkap masih dalam tahanan – dan dipercayai Hudson Odoi aka Calteck.

Chelsea dijangka akan melakukan siasatan dalaman tentang perkara ini. Jika bersalah, Callum Hudson Odoi akan dikenakan tindakan.

Ini bukan pertama kali pemain EPL melanggar perintah PKP ini. Sebelum ini Jack Grealish dan juga Kyle Walker antara yang pernah kantoi dan tampil dengan permohonan maaf.

Namun buat masa ini pihak Odoi masih belum mebuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan tuduhan itu.

Jika benar, diharap Hudson Odoi akan belajar daripada kesilapannya. Beliau masih muda dan merupakan pemain prospek yang sangat bagus.

Odoi antara pemain yang menjadi sasaran kelab seperti Bayern Munich sebelum ini kerana kehebatannya. Namun Bayern terpaksa melupakan beliau selepas pemain tersebut menandatangani kontrak jangka panjang dengan Chelsea.