Kerana PUBG, Sanggup Tinggalkan Suami Dan Anak Baru Berusia 3 Tahun

PUBG merupakan permainan mobile yang sangat opopular. Komuniti PUBG di Malaysia sangat besar.

Permainan yang bertemakan perang dengan first person shooter ini menjadi kegemaran bukan sahaja lelaki, malah wanita.

Ia dianggap sebagai salah satu permainan yang sangat addictive bagi para pemainnya.

Ini kerana PUBG memiliki daya tarikan yang tersendiri.

Namun ada satu laporan yang tak enak tentang pemain PUBG. Ini apabila seorang wanita didakwa sanggup meninggalkan suami dan anaknya yang berusia tiga tahun pada 31 Mei lalu.

Semuanya gara gara PUBG. Wanita tersebut berasal dari Perak dan berusia 22 tahun.

Dia meninggalkan suami dan anaknya dengan keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

Harian Metro melaporkan bahawa, wanita itu berkenalan dengan seorang jantan di dalam komuniti permainan PUBG.

Lelaki itu telah mempengaruhi wanita itu untuk keluar dari rumah, meninggalkan suami dan anaknya yang masih kecil.

Wanita itu kali terakhir dilihat berada di sekitar Manir.

Sebuah motosikal miliknya ditemui di sebuah pasar raya di kawasan terbabit.

Susulan daripada kejadian, ahli keluarga wanita itu membuat laporan di Balai Polis Penarik, Setiu pada petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan pihaknya menerima laporan tentang perkara itu.

Namun buat masa ini mereka masih berusaha untuk mengesan di mana wanita tersebut.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain