Kerana Setia Kepada PSG, Mbappe Bakal Terima Habuan €60 Juta

Mbappe ternyata akan menerima bonus khas jika dia terus berada di PSG pada 1 Ogos ini.

Di mana pemain itu akan menerima €60 juta bonus kesetiaan sebagai menghargaai kesetiaannya untuk menamatkan 1 musim pertama – dalam kontrak 2 tahunnya.

Sebelum ini Mbappe disyaki oleh PSG cuba kekal di PSG untuk mendapatkan bonus tersebut dan pergi secara percuma ke Real Madrid pada musim hadapan.

Usaha PSG untuk melanjutkan kontrak Mbappe menjelang 31 Julai atau untuk menjualnya – jika dia tak mahu lanjutkan kontrak – seolah olah tidak berjaya pada masa ini.

Al Hilal menawarkan bayaran €300 juta untuk membeli Mbappe. PSG sudah setuju dengan tawaran itu namun Mbappe tidak berminat untuk menyertai Al Hilal.

PSG benar benar yakin Mbappe sebenarnya sudah berunding dengan Real Madrid di belakang mereka untuk menyertai gergasi Sepanyol itu sebagai free agent.

Mbappe kini berpeluang untuk merembat bonus kesetiaan itu dan kemudian berpindah ke Al Hilal menerima tawaran keseluruhan mencecah €700 juta hanya untuk semusim bermain di sana.

Al Hilal benar benar terdesak mahukan Mbappe selepas gagal mendapatkan Messi.

Al Hilal malah sedia untuk mmeberikan kontrak setahun sahaja kepada Mbappe dan pemain itu dibenarkan menjadi ejen bebas musim hadapan. Dia boleh menyertai mana mana kelab sesuka hatinya. Terutama sekali lagi Real Madrid.

Jika bergelar ejen bebas, tandatangan Mbappe sahaja bernilai lebih €100 juta.

Satu lagi klausa khas dalam kontrak Mbappe dia berpeluang meraih €150 juta pampasan jika kelab menjualnya tanpa kerelaannya.

Bayangkan, Mbappe ambil €60 juta bonus kesetiaan. Kemudian dia kononnya tak rela dijual ke Al Hilal dan dia menyertai kelab itu, sambil menuntut €150 juta lagi pampasan.

Seterusnya mendapat pula €700 juta pendapatan keseluruhan.

Easy money dapat €910 juta WOW! Sekitar RM4.7 billion! Dah macam pendapatan syarikat Megah Holding setahun tu.

Untuk menjelaskan tentang tawaran kontrak €700 juta itu, gaji Mbappe adalah €200 juta semusim namun €500 juta lagi daripada bonus dan hak imej yang dikawal Mbappe sendiri.

Jadi jika anda di tempat Mbappe, apa anda akan lakukan?