Kereta Aguero Dilelong Di eBay Dengan Tapak RM134k Oleh One Careful Owner

Sebelum ini Sergio Aguero telah membuat cabutan bertuah untuk memilih pemilik baharu Range Rovers mewahnya.

Dan ianya diserahkan kepada seorang kitman di Manchester City. Kereta Range Rover Evoque itu berharga £40,000 (RM232k) baru beberapa bulan dipakai ‘1 careful owner’.

Pemenang bertuah itu bernama Ally Marland, yang menjadi kitman di City sejak 2012. Kitman tersebut sangat terharu dengan pemberian itu dan mencium pipi Aguero sambil berpelukan dengan pemain tersebut. Aguero menyerahkan kunci dengan berkata: “Kereta kamu.”

Aguero memang dikenali sebagai pemain yang pemurah. Beliau suka menderma dan seorang yang rendah diri.

Saksikan momen itu di sini:

Bukan itu sahajam Aguero membelikan kesemua staf tersebut jam tangan berjenama. Harga seutas jam tersebut sekitar £1000 sehingga £1650, dengan Aguero dilaporkan membeli sekitar 60 unit.

Ally kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu di laman eBay kerana dia dan isterinya sudah ada kereta. Dan Ally berjanji 5% hasil jualan itu akan disumbangkan kepada Derian House Children’s Hospice di Lancashire.

Harga tapak bidaan bermula £23,000 ataupun sekitar RM134k. Dan sudah ada ramai pembida yang membidanya. Semalam laman SportBible melaporkan bidaan sudah mencecah GBP29,6000

Cukai jalan kereta tersebut akan mati bulan depan. Dan hanya merekodkan perjalanan 10,500 batu sebagaimana dalam iklan jualannya.

Berikut adalah kenyataan iklan jual tersebut:

*Panoramic sunroof

*Satellite Navigation

*Bluetooth Connectivity

*DAB Digital Radio

*Full leather seats

*Heated Front Seats

*Parking Sensors Front And Rear

*Paddle Shift

*Stop/Start Function

*Daytime LED Running Lights*

*Cruise control with speed limiter*

*Electric Power-Folding Mirrors* Lane Keeping Aid and Alert*

*Push Button Start

*18″ Alloy Wheels

*Air Conditioning

*Automatic Headlamps

Automatic Wipers

*Electric Windows

*Front and Rear* Multi function steering wheel

*8in High Resolution Touch-Screen

Jadi kalau anda berminat memandu Range Rovers bekas tangan Aguero. Inilah masanya!

Baca yang lain