Kereta Batman Kena Sita Polis Rusia Sebab Tiada Roadtax & Parkir Merata

Di Moscow Batman telah bertemu dengan lawannya.

Tidak, bukan Joker atau Catwoman yang ada dalam Dark Knight. Sebaliknya, bertemu dengan polis Moscow. Memang ngam la, Hero dari Hollywood bertemu dengan polis Rusia.

Namun kali ini, ego hero ciptaan AS calar kerana polis Rusia menyita kereta Batman.

Replika Batmobile yang dipaparkan dalam filem 2016 Batman v Superman: Dawn of Justice and Suicide Squad telah diserbu oleh polis di sebuah jalanraya di ibu kota Rusia hujung minggu lalu.

Menurut laporan tv kerajaa Rusia, RT, kenderaan itu telah disita ke balai polis. Ini kerana pihak berkuasa mendapati ia tidak mempunyai pendaftaran yang sah dan tidak memenuhi peraturan keselamatan jalan raya.

Perjalanan Batman yang penuh perhatian dilaporkan menarik perhatian pegawai trafik Sabtu lalu setelah ia dilihat diparkir di jalan utama Moscow tanpa plat kenderaan.

Pemilik kereta tersebut sebelum ini beberapa kali keluar dengan kereta itu dan menjadi perhatian ramai.

Menurut RT, polis mendapati bahawa kereta itu tidak pernah didaftarkan dan tidak mempunyai izin untuk beroperasi di jalanraya awam. Kereta tersebut tidak ada cukai jalan.

Lebih buruk lagi, menurut pernyataan dari Kementerian Dalam Negeri cawangan Moscow mengatakan bahawa, setelah kenderaan diukur dengan “alat pengukur teknikal khas,” dimensinya terbukti melebihi “standard yang dibenarkan.”

Pemilik kereta replika yang berusia 32 tahun itu juga dilaporkan tidak dapat dikesan. Polis trafik terpaksa memanggil perkhidmatan trak penunda khas untuk mengeluarkan Batmobile selebar 13 kaki, menurut laporan itu.

Video kereta yang ditarik menunjukkan bahawa pemandu trak berhati-hati dengan Batmobile, membungkusnya dengan plastik untuk memastikan ia tidak tercalar. Takut kena rembat dengan Bruce Wayne lettew.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri, mengatakan bahawa pemilik Batmobile itu mendapat tiga notis bayaran. Pemiliknya juga harus membayar $780 kepada syarikat trak penunda yang mengeluarkan kenderaan, dan juga $35 untuk setiap hari ia berada di lot penyitaan. Sudah tentu, itu adalah perubahan besar kepada alter ego Batman, playboy jutawan Bruce Wayne.

Seperti yang kita semua kenali, Batmobile ini sangat terkenal dengan estetika ketenteraan futuristik. Difahamkan harganya adalah $ 850,000. Boleh kira ok la untuk kereta Batmobile kan.

Baca yang lain