Seorang pelajar Universiti Awam mengalami kerugian beribu – ribu ringgit apabila kereta Perodua Kancil miliknya musnah dalam kebakaran.
Ianya dipercayai berpunca daripada power bank yang dia tinggalkan di dalam kereta. Kejadian tersebut berlaku di Taman Bersatu, pada hari ini.
Ini bukanlah pertama kali kejadian seumpama ini berlaku. Beberapa tahun kebelakangan ini, ada banyak kes di mana power bank terbakar di dalam kereta.
Harap kita semua berhati – hati dan tidak memandang remeh akan perkara ini.
Saksi kejadian melihat pemilik kereta itu mendapati ada kepulan asap keluar daripada keretanya.
Dan dia melihat power bank miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta mulai terbakar. Kejadian itu berlaku pada kira-kira 1.40 tengah hari. Tengah panas tu.
Awalnya pemilik kereta cuba memadamkan sendiri kebakaran itu namun gagal. Dan rakan – rakannya terus bertindak menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan untuk mengawal kebakaran itu, takut ianya merebak.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis memberitahu Berita Harian bahawa, mereka menerima panggilan 1.59 minit dan tibad di tempat kejadian dalam masa 5 minit.
Api berjaya dikawal pada 2.35 petang dan pihak bomba masih menyiasat anggaran jumlah kerugian.
Power bank ni dah menjadi salah satu perkara yang mustahak untuk kita bawa kerana untuk mengecas telefon pintar dan beberapa peralatan elektronik lain.
Kereta hangus gara-gara tertinggal 'power bank'#BHkes #powerbank https://t.co/O5y743MT05 pic.twitter.com/0RVsaSlsnh
— Berita Harian (@bharianmy) January 5, 2020
Namun masih ramai kita yang cuai. Malah saya sendiri pun macam tu. Selalu juga tertinggal power bank. Lekas – lekaslah ambik terus.
Power bank ni dia tak boleh panas sangat, dia akan mudah terbakar.
Stay safe!