Masa depan Kai Havertz di Chelsea tidak menentu selepas pemergian Thomas Tuchel.
Havertz malah dengan terbuka mengkritik pemecatan Tuchel. Kritikan itu tidak menggembirakan Todd Boehly.
Dan ianya menjadi sebab kenapa Todd Boehly mahu pemain itu dijual.
Havertz antara nama yang disenarai untuk disingkirkan pada jendela perpindahan kali ini.
Kai Havertz ke Real Madrid menjadi rumit. Bukan sebab tanda harga. Kerana Chelsea hanya meminta £52 juta dengan tambahan bonus lebih £20 juta.
Itu untuk membolehkan mereka mendapat pulangan modal £75 juta bagi mengimbangi akaun FFP mereka.
Ini kerana Havertz adalah pemain yang mereka beli £75 juta beberapa tahun lalu.
Real Madrid sebelum ini berminat mendapatkan Havertz, namun tak jadi membelinya kerana pada masa itu Chelsea tidak mahu menjual pemain itu.
Pemergian Karim Benzema membuatkan Florentino Perez membuka semula minat mendapatkan pemain itu.
Tetapi berlaku konflik keinginan antara pemilik dan pengurus. Carlo Ancelotti dilaporkan lebih suka untuk mendapatkan Harry Kane.
Seterusnya, Havertz pula lebih cenderung untuk bergabung semula dengan Thomas Tuchel di Bayern. Tetapi sehingga ke hari ini Bayern tidak ada menunjukkan usaha untuk mendapatkan pemain itu.
Walaupun Tuchel mahukan Havertz dan Mason Mount menyertainya di Bayern.
Havertz malah dengan terbuka menyatakan: “Bayern adalah kelab yang sangat besar. Bagi kami pemain yang berasal dari Jerman, agak sukar untuk menyatakan tidak kepada mereka.”
Bayern baru memecat Pengarah Sukan mereka. Jadi ada beberapa urusan agak perlahan.
Ketika Todd Boehly mahu melihat Havertz nyah dari Chelsea pada jendela perpindahan kali ini, pengurus baharu Chelsea, Mauricio Pochettino pula berminat bekerjasama dengan Havertz.
Ini kerana menurut pandangan Pochettino, Havertz boleh menjadi pemain penting dalam sistem yang dia mahu gunakan kelak.
Apa yang pasti situasi Havertz benar benar rumit ketika ini.
Real Madrid masih dalam meja rundingan untuk mendapatkan pemain itu. Dan berharap kalau boleh mereka akan mendapatkan harga lebih rendah.
Real Madrid baru sahaja membayar lebih £100 juta untuk Jude Bellingham. Mungkin Chelsea tidak akan melayan tawar menawar daripada Real Madrid?
Sumber: Daily Mail/Football London