Pihak berkuasa kesihatan di Sepanyol pada Rabu lalu mengesahkan seorang lelaki sebagai punca penyebaran wabak denggi melalui hubungan seks. Ia adalah kes pertama seumpanya di dunia untuk demam yang kebiasaannya oleh virus disebarkan oleh nyamuk.
Laporan oleh AFP menyatakan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Madrid menghidap demam denggi, selepas melakukan hubungan seks dengan pasangannya yang juga seorang lelaki yang memperolehi virus tersebut dari Cuba.
Pegawai Kesihatan Wilayah Madrid, Susana Jimenez berkata kes tersebut disahkan pada September lalu dan menyebabkan doktor yang merawat pesakit kebingungan.
Pesakit tidak pernah pergi ke mana-mana negara di mana wabak tersebut adalah masalah, tetapi pesakit menunjukkan simptom seperti demam panas dengan suhu yang tunggi, dan gatal pada badan seperti mana simptom demam denggi.
“Pasangan beliau menunjukkan simptom yang sama, tetapi tidaklah seteruk pesakit kira-kira 10 hari lebih awal. Dan sebelum itu pasangannya baru kembali dari Cuba dan Republik Dominican,” kata Jimenez.
“Analisis dari sperma telah dilakukan dan ia mendedahkan ia bukan sahaja denggi, tetapi virus lain yang sedang merebak di Cuba.”
Jimenez juga berkata kes yang hampir serupa demam denggi dipercayai penyebaran melalui hubungan seks diantara lelaki dan wanita juga sedang dikaji secara saintifik di Corea Selatan,”
First ever case of sexually-transmitted #Dengue diagnosed in Madrid, Spain. As if the multiple serotypes weren’t enough of a control impediment 😓 🦟 #arbovirus #NTD https://t.co/LBztLZY8Ws
— Dr. Natasha Agramonte (@mosquito_PhD) November 7, 2019
Melalui satu email yang dihantar kepada AFP, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Wabak Eropah (ECDC) yang berpengkalan di Stockholm berkata: “pada pengetahuan kami, ini adalah kes seumpanya apabila wabak ini dijangkiti melalui hubungan seks diantara lelaki kepada lelaki.
Amazed and worried at the same time how diseases evolve and transfer though sexual intercourse https://t.co/hAonmGcvbf
— Yow (@j0w_sef) November 9, 2019
Seperti semua sedia maklum, wabak denggi kebiasannya merebak melalui nyamuk Aedes Aegypti yang kebiasaanya membiak di kawasan tropika.
Gay can spread dengue. 🤦♂️ pic.twitter.com/gepb5AlrMI
— 🇲🇾 Fikri Hassan 🇲🇾 (@fikribinhassan) November 9, 2019
Denggi yang gagal dikesan awal, boleh membawa maut. Bagaimanapun kadar kesihatan seseorang individu yang diserang denggi adalah berdasarkan kekuatan antibodi tubuh badan.