Dana White menyatakan bahawa dia merasa sangat lega kerana terlepas sebarang tindakan disiplin daripada UFC berikutan insiden dia menampar isterinya.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden UFC iaitu Dana White sendiri. Ye dia sendiri.
Dana White menyatakan bahawa buat masa ini tiada keperluan untuk UFC menghukum Dana White atas masalah rumah tangga yang biasa berlaku antara suami dan isteri.
White sudah meminta maaf di atas keterlanjurannya melempang isterinya, Anne di sebuah kelab malam di Mexico ketika perayaan malam tahun baharu.
Ditanya sama ada UFC akan mengambil tindakan ke atasnya. Dana White merasakan dia tak akan dikenakan tindakan. Kerana Dana White menyatakan dia sangat penting kepada UFC.
Jika dia digantung, maka UFC akan lumpuh.
White dengan tegas berkata: “Kamu nak saya bercuti 30 hari? Kamu fikir hukuman penggantungan seperti itu akan menyakitkan saya?”
“Kalau saya tak ada syarikat ini [UFC] yqbf akan sakit. Petarung UFC dan semua staf di UFC akan sakit kalau tak ada saya.”
“Saya tak akan sakit apa apa. Tapi mereka yang sakit.”
White maklum bahawa ramai tokoh sukan termasuk bekas petarung UFC tidak berpuas hati dengan tiada tindakan tegas ke atasnya.
Ini kerana, jika petarung UFC yang membuat kesalahan seperti itu, sudah pastinya UFC akan mengambil tindakan berat termasuk menamatkan kontrak mereka atas dakwaan keganasan domestik.
Rihanna yang pernah mengalami keganasan serupa menyatakan kenapa Chris Brown dahulu menanggung akibat lebih teruk daripada Dana White sedangkan perbuatan mereka adalah sama.
Rihanna mengakui, sama seperti isteri White, dia yang menampar pasangannya dahulu
White mempertahankan tindakannya.
“Saya menentang keganasan seperti ini. Saya menyesal. Saya kan dah beritahu kamu semua, saya minta maaf, saya salah.”
“Kami di UFC sudah mengadakan perbincangan secara dalam dengan Ari (Pemilik UFC, Ari Emanuel), ESPN, dan semua pihak tak gembira dengan insiden ini.”
“Tapi benda dah berlaku dan saya menghadapinya sahaja.”
“Jangan risau, kesemua kritikan ke atas saya… 100% saya terima.”
“Saya tidak boleh menerima hukuman daripada UFC ke atas saya kerana menampar isteri saya. Kerana saya sendiri sedang menjalani hukuman itu setiap hari. Di mana orang yang dulu menghormati saya, kini tak lagi respect kat saya.”
Dana White rejects any punishment from UFC for slapping wife. He says his punishment is being lived every day because people who once respected him no longer do 👀 pic.twitter.com/mUcOi6ApeW
— Daily Loud (@DailyLoud) January 12, 2023
Ada juga yang kesal dengan sikap isteri White, di mana apabila wanita berkahwin dengan atlet atau tokoh sukan kaya raya, mereka terima sahaja keganasan seperti itu.
This is the Dana White video in question for those who missed it. Pick an athlete, owner or coach in ANY other sport that could be caught on video slapping their wife and it just kinda goes away. pic.twitter.com/wwyw6M7Q2P
— Andreas Hale (@AndreasHale) January 3, 2023