Kesal Logo Rekaannya Dituduh Seperti Sport Rim, CEO Sabah FC Sdn. Bhd Buat Peraduan

Sabah FC membuat kejutan yang tidak disangka sangka semalam. Ini apabila mereka memuat naik logo baharu pasukan mereka berserta dengan ‘Sdn Bhd’ di belakang nama pasukan mereka.

Logo baru tersebut mendapat kritikan daripada ramai pihak. Kerana menurut mereka terlalu murahan dan seolah olah menggambar di Sabah sudah tidak ada lagi manusia kreatif dan arif dalam bidang grafik.

Malah ada yang menganggap logo Sabah tersebut seperti ada sport rim di dalamnya.

Di media sosial Sabah FA banjir dengan komen yang rata rata tak berpuas hati dengan rekaan logo yang dianggap seperti dibuat hanya dengan aplikasi di telefon pintar.

Hanya dua jam selepas itu, CEO Sabah FA iaitu Verdon Bahanda mengakui kesal dengan tindakannya yang telah mengguris hati peminat pasukan Sabah.

Sebagai tanda beliau mendengar luahan netizen, lalu beliau mengadakan pertandingan mencipta logo baru pasukan Sabah.

Verdon kemudian mengakui logo tersebut adalah hasil daripada ciptaannya sendiri. Agak pelik, adakah pasukan Sabah tidak memiliki pereka grafik profesional?

Verdon berkata:

“Salam hormat peminat dan penyokong Sabah FC.”

“Disebabkan ramai yang komen logo budak-budak yang saya buat maka saya akan buka peraduan cipta logo untuk digunakan SABAH FC kepada semua peminat.”

“Oleh kerana masa sangat terhad iaitu saya perlu hantar ke FAM logo yang akan digunakan oleh SABAH FC untuk kelulusan dari FAM pada petang 23/11/2020 – maka saya terpaksa memberikan syarat-syarat yang padat seperti yang saya pamerkan di bawah.”

“Saya juga sarankan supaya gambar maskot (Rhinos) tidak dimasukkan dalam logo utk mengelakkan sebarang perubahan pada logo tersebut di masa hadapan disebabkan pengalaman kita masa lalu iaitu penukaran maskot berlaku apabila berlaku pertukaran pucuk pimpinan Skuad Sabah.”

“Sila baca dengan teliti syarat-syarat di bawah. Terima kasih dan harap maklum.”

Pereka logo yang berjaya memenangi pertandingan ini akan menerima RM500. Dan logo haruslah dihantar sebelum 7pm pada 22 November 2020.

Berikut adalah syarat syarat lengkap:

Verdon kemudian menyatakan bahawa, logo akan disaring dan akan diundi oleh para peminat.

Aahli perniagaan yang juga aktivis orang asal Sabah Datuk Verdon Bahanda dilantik sebagai Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Club Sdn Bhd berkuat kuasa 12 Nov lalu.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria dalam kenyataan di sini hari ini berkata Verdon memenuhi kriteria disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerajui bola sepak profesional itu.

Selain itu, SAFA juga melantik Presiden Keningau FA Rafie Robert sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden FAM Joehari Ayub sebagai Bendahari baharu, katanya.

Abdul Rahman berkata kedua-dua jawatan itu sebelum ini disandang oleh Andrew Majanggim dan Yap Wai Loon.