Kesan PKP, Safee Timang Bola Sambil Dukung Anak, Tapi Masih Padu

Legenda Harimau Malaya, Safee Sali kerapkali memuat naik aksi beliau melakukan latihan dan juga senaman di rumah terutama sekali ketika PKP.

Salah satu sebab beliau berbuat demikian adalah mahu mengajak para peminatnya turut bersenam dan melakukan aktiviti fizikal di rumah.

Terbaru, satu aksi mencuit hati daripada bekas pemain JDT dan Selangor itu, di mana beliau menimang bola sambil mendukung anak.

Walaupun sambil mendukung anak, ternyata Safee Sali masih mampu melakukan juggling yang sangat baik. Ingat senang ke?

Beliau sekeluarga melakukan excercise sama-sama. Korang lihat di sini:

Teringat pula dengan K Kasdan yang menyanyi sambil mendukung anak dalam filem Man Laksa.

Safee Sali kini beraksi dengan PJ City, selepas pasukan beliau sebelum ini Perlis β€˜bungkus’.

Safee Sali masih lagi berhasrat untuk bermain di peringkat tertinggi termasuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya.

Β